Tuesday, June 9, 2009

Lawat Mangsa Ribut Di Lumadan




PRIHATIN...Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Haji Ahmad tidak melupakan nasib malang yang menimpa beberapa keluarga di Kampung Lumadan, Beaufort.



Meskipun memiliki masa yang agak terhad kerana harus menghadiri program Gotong-royong, Bumi Hijau dan Cinta Alam di Padas Damit, Beaufort, namun Sapawi tetap meluangkan masa bagi mengunjungi keluarga tersebut yang menjadi mangsa angin kencang baru-baru ini.



Angin kencang yang melanda pada jam 3:30 petang kelmarin secara tiba-tiba telah menyebabkan rumah beberapa buah keluarga terbabit mengalami kerosakan. Sambil melahirkan rasa simpati, Sapawi berharap kesemua keluarga berkenaan dapat bersabar dan tabah menghadapi dugaan tersebut.



Pada kunjungan itu Sapawi turut menyampaikan sumbangan pribadi dan juga kelengkapan membaiki rumah bagi meringgankan bebanan kesemua keluarga tersebut.



a) Kelihatan Sapawi ditemani Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin (dua dari kiri) Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa (tiga dari kanan) dan Naibnya Matbali Musah (kiri) sambil diperhatikan oleh sedang meninjau kerosakan rumah salah seorang mangsa ribut Mohd Isa Hassan.



b) Kelihatan Sapawi diperhatikan oleh Pegawai Perhubungan Perlimen Sipitang Matbali Musah (dua dari kanan), Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa (tiga dari kiri) dan Ketua Zon Pembangunan Parlimen Sipitang Kawasan Lumadan Muanam Mujiarto (dua dari kiri) sedang menyampaikan sumbangan pribadi kepada salah seorang mangsa ribut Samsudin Waranou.

Share |