Tuesday, June 9, 2009

BN Tunai Janji:Sapawi




WESTON (Beaufort): Penantian selama lebih 20 tahun bagi penduduk Kampung Lingkungan Laut akhirnya berakhir apabila Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengotakan apa yang dijanjikan.




Harapan untuk melihat jalan kampung itu dinaiktaraf kini tertunai apabila Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad melakukan upacara pecah tanah menaiktaraf jalan raya tersebut.


“Ini adalah bukti bahawa BN bukan bercakap atau berjanji kosong...setiap yang dijanjikan tetap dikotakan,” katanya pada majlis tersebut.




Hadir sama pada majlis itu termasuklah Wakil rakyat Lumadan Kamarlin Ombi, Penolong Pegawai Daerah Beaufort Aliamat Zamzam, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin, Wakil JKR Beaufort Ardi Saidin, Ketua Kampung Lingkungan Laut Samion Amin, Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa dan Kontraktor Pelaksana Lau Kim Ling Sapawi memberitahu keputusan kerajaan untuk menaiktaraf jalan raya kampung itu juga bukti kesungguhan BN dalam membawa pembangunan di seluruh kawasan termasuklah di luar bandar.




Beliau berkata BN tidak akan mengabaikan rakyat luar bandar dan tidak mengamalkan sikap pilih kasih.




“Rakyat tidak prlu gusar dengan apa yang dijanjikan oleh BN kerana BN adalah kerajaan yang berkemampuan dan tetap akan menunaikan janji,” katanya dan menambah rakyat tidak harus mendengar dan terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang dilemparkan oleh pembangkang.


Katanya BN bukan seprti pembangkang yang hanya tahu bercakap tetapi tidak mempunyai kemampuan dan keupayaan.




Menurutnya rakyat perlu bersyukur dengan komitmen yang diperlihatkan oleh BN dalam memperjuangkan nasib rakyat.




“Barisan kepimpinan BN adalah barisan yang sentiasa berusaha mempertingkatkan taraf hidup rakyat dan konesp Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri adalah berasaskan kepada kepentingan rakyat,” katanya lagi.




Beliau berkata selain menaiktaraf jalan raya, BN juga menumpukan kepada pelaksanaan projek lain seperti projek infrastruktur, elektrik, air dan kemudahan asas yang lain.




Jalan raya Kampung Lingkungan Laut sejauh 1.9 kilometer itu dijangka siap akhir tahun ini dengan peruntukkan berjumlah RM2.2 juta di bawah pakej ransangan ekonomi.




majlis itu Sapawi turut memaklumkan pelaksanaan menaiktaraf jalan raya Lubuk-Wseton Darat yang menelan belanja RM11 juta sejauh tujuh kilometre.




Dua lagi projek menaiktaraf jalan raya iaitu jalan raya Kawang Baru sejauh satu kilometre dengan peruntukkan RM990 ribu dan jalan Memalia-Pisukau sejauh 4.3 kilometer dengan peruntukan RM4.7 juta.




Projek menaiktaraf jalan raya Pelakat-Sipitang sejauh 2.2 kilometer dengan 3.8 juta turut disenaraikan dalam pakej ransangan ekonomi.-Oleh DZUL MOHD KASSIM.




a) CERIA...Sapawi dan Kamariln memotong riben tanda rasmi majlis tersebut.




b) PECAH TANAH...Sapawi diperhatikan oleh Kamarin dan Kontraktor Pelaksana Lau Kim Ling menggunakan traktor bagi upacara sembolik pecah tanah menaiktaraf jalan Kampung Laut, Weston, Beaufort
Share |