Tuesday, June 9, 2009

Lawat Warga Emas Di kg Lubang Buaya,Sipitang


TIDAK DILUPA...Bagi warga emas, Mariam Talip,66, di Kampung Lubang Buaya, Sipitang kehadiran Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad di kediamannya sedikit sebanyak mengubat penyakit tua yang ditanggung.


Kehadiran Sapawi bukan setakat memberi kejutan kepada Mariam tetapi kesudian Ahli Parlimen Sipitang itu menghabiskan masa lebih sejam di rumahnya yang usang, bagai penawar terhadap penyakit tua yang ditanggung.


“Amalan kunjung mengunjung merupakan amalan yang sihat dan kita berdoa moga beliau (Mariam) akan sembuh,” kata Sapawi ketika ditemui pada kunjungan tersebut. Selain membuat kunjungan dan berbual mesra dengan Mariam, Sapawi turut menyampaikan sumbangan peribadi.


Kelihatan Sapawi diperhatikan oleh Saidin Lamat (kanan) berbual mesra dengan Mariam pada kunjungan tersebut.
Share |