Tuesday, June 9, 2009

Sapawi Tinjau Pembinaan R&R Di Sindumin


SIPITANG: Rakyat diharap dapat menggunakan kemudahan yang disediakan bagi meningkatkan sumber ekonomi masing-masing.


Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata kemudahan yang dlaksanakan adalah untuk rakyat.


“Kemudahan yang dilaksanakan diharap dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Pusat R&R Sedcovest di Sindumin dekat sini baru baru ini.


Projek yang sedang dilaksanakan itu dan bernilai RM1 juta itu dijangka siap pada Jun ini dan Sapawi menyifatkan ia merupakan satu lagi kemudahan untuk rakyat di daerah tersebut.


Katanya pembinaan projek yang terletak di sempadan Sabah-Sarawak membuka ruang dan peluang kepada penduduk tempatan bagi berusaha meningkatkan sumber ekonomi masing-masing.


“Pelaksanaan projek itu juga membantu usaha kita menjadikan Sipitang sebagai destinasi pelancongan,” katanya lagi.


Menurutnya dengan adanya projek seumpama itu, pelancong dari Sarawak dan juga Brunei yang masuk ke negeri ini menerusi Sipitang, boleh menggunakannya untuk berehat.


Beliau berkata kemudahan itu sedikit sebanyak akan menarik lebih ramai lagi untuk dating ke Sabah menerusi Trans-Broneo.


TINJAU...Sapawi bersama Pemimpin Kemajuan Masyarakat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh 9dua dari kiri) dan Penolong Pegawai Pembangunan Sipitang Zulkefli Ahmad (tiga dari kiri) serta Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Lamit Ahmad meninjau perkembangan pembinaan projek tersebut.
Share |