Tuesday, June 9, 2009

Golf Sempena Festival GATA Sipitang 2009


SIPITANG: Peminat dan pemain sukan golf dipelawa untuk menyertai Kejohanan Golf GATA Sipitang 2009 pada 18 Julai di Borneo Golf & Country Club Bongawan.


Setiausaha penganjur Matrudi Kahan berkata kejohanan itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat.


“Kejohanan ini adalah yang pertama kali diadakan sempena sambutan Festival Gasing dan Tamu Besar Sipitang yang diadakan pada 31 Julai,” katanya di sini kelmarin.


Kejohanan ini menawarkan tiga kategori iaitu Kategori VVIP terdiri daripada ahli-ahli yang berhormat dan jemputan khas penganjur bagi kategori Sipitang di khususkan kepada warga parlimen sipitang (Lumadan dan Sindumin) serta pegawai kerajaan yang bertugas di Sipitang manakala kategori terbuka terdiri daripada kepada semua pemain golf dinegeri ini.


Matrudi berkata format semasa kejohanan itu ialah ‘Stableford Strok Play Handicap Of The day’ dan menambah semua peserta akan diberikan ‘Goodies’ sebagai kenangan


Pihak penganjur juga akan menyediakan 20 hadiah kepada pemenang cabutan tiket bertuah pada kejohanan itu. Penyampaian hadiah kepada pemenang akan disampaikan pada majlis penangguhan Festival Gasing dan Tamu (GATA) Sipitang nanti.


Borang penyertaan dan kerterangan lanjut boleh diperolehi melalui laman web Gata Sipitang www.gatasipitang.gov.my atau Borneo Golf & country Club, Bongawan atau berhubung terus kepada Setiausaha Penganjur Matrudi Kahan di talian 017-8156288.-Oleh DZUL MOHD KASSIM


SEMANGAT...Sapawi (tengah) selaku penaung kejohanan bersama-sama Kamarlin Ombi dan Ahmad Bujang serta Matrudi (emapat dari kanan) merakamkan kenangan dengan AJK penganjur kejohanan golf tersebut.
Share |