Monday, July 20, 2009

Beaufort Juara Bola Sepak Safa


Sapawi merakamkan kenangan bersama-sama pasukan Safa Sipitang sebelum permainan bermula


Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin dan Sidek menyampaikan piala kemenangan kepada ketua pasukan Beaufort


JUARA...Beaufort muncul sebagai juara Kejohanan Liga Bolasepak Sabah Bawah 19 Tahun anjuran Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) Zon pantai Barat Selatan di padang pekan Beaufort kelmarin.

Beaufort berjaya mengetepikan saingan Sipitang melalui sepakan penaliti setelah kedudukan terikat 1-1 masa penuh permainan pada perlawanan akhir yang turut disaksikan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad, Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Ombi, Pegawai Daerah Beaufort Sidek Jubar, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin dan Pengerusi Safa Zon Pantai Barat Selatan Daud Aman.

Selain Sipitang dan Beaufort, pertandingan itu turut disertai oleh Kuala Penyu dan juga Membakut.

Share |