Sunday, July 26, 2009

Tarik Tali Jemputan Borneo Sempena GATA Sipitang 2009


HEBAT...Norman GYM antara pasukan yang pernah menjuarai tarik tali jemputan borneo sempena Festival GATA sipitang yang lalu

SIPITANG : Bukan setakat pasukan tempatan tetapi acara tarik tali jemputan borneo sempena Festival Gasing dan Tamu Besar (GATA) Sipitang 2009 turut menarik perhatian pasukan luar.
Brunei dan Limbang (Sarawak) antara pasukan luar yang sah untuk bersaing. Norman GYM dari Penampang dan Papar turut menghantar 2 pasukan, Tuaran, Beaufort dan Sipitang antara pasukan tempatan yang turut bersaing memburu kejuaraan.
Juara tarik tali akan menerima RM 3 ribu tempat kedua RM2 ribu dan ketiga RM1 ribu.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Induk Festival GATA Sipitang 2009 Datuk Sapawi Ahmad berharap rakyat khsusunya penduduk Sipitang turut sama meriahkan GATA Sipitang.
Share |