Saturday, August 8, 2009

Gagasan 1 M'sia: Perlu Sokongan Agar Tidak Keliru


MANTAP...Sapawi dan Kamarlin merakamkan kenangan bersama AJK Puteri Umno Sipitang sejurus persidangan tersebut


DIHARGAI...Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menerima cenderakenangan daripada Ketua Puteri Umno Sipitang Maimunah Sidek.


SIPITANG: Gagasan Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan perlu diberikan sokongan agar rakyat tidak dikelirukan.
Dalam hal ini, anggota Puteri turut memikul tanggungjawab dan peranan bagi memberi penerangan yang jelas kepada rakyat khususnya pada peringkat akar umbi, kata Ketua Penerangan Umno Sabah, Datuk Sapawi Ahmad ketika merasmikan mesyuarat perwakilan pergerakan Puteri Umno Sipitang di Dewan Mini Perpustakaan dekat sini kelmarin

Hadir sama pada mesyuarat tersebut termasuklah Timbalan Ketua Umno Sipitang Kamarlin Ombi, Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad, Ketua Puteri Umno Sipitang merangkap Exco Puteri Umno Malaysia Maimunah Sidek dan Wakil Puteri Umno Negeri yang juga Ketua Puteri Umno Ranau Selhajimi Rasimin

Bagaimanapun Sapawi mengingatkan agar anggota puteri terlebih dahulu memahami konsep tersebut.

“Ramai yang bercakap tentang konsep ini tetapi kita perlu menghayati bagi memahami apa yang tersurat dan tersirat dalam konsep itu.
“Memahami konsep itu akan membolehkan kita memberi penjelasan yang sebenar kepada rakyat,” katanya dan menambah pihak pembangkang pada ketika ini sedang berusaha mengelirukan rakyat berkaitan dengan konsep tersebut.
Menurutnya pelbagai dakwaan dilontarkan dan dihebahhebohkan oleh pembangkang berkaitan dengan konsep itu kepada rakyat.
“Kita perlu menjawab segala dakwaan itu dam perlu memberi penerangan kepada rakyat agar mereka tahu dn memahami konsep tersebut, dengan itu mereka tidak akan terkeliru,” katanya lagi.
Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang turut menegaskan mengenai keikhlsan perjuangan yang menjadi amalan kepada Umno.
Katanya amalan itu bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi harus dijadikan sebagai budaya perjuangan.
Beliau berkata anggota puteri pada semua peringkat perlu bergerak selaras dengan perjuangan yang dikehendaki oleh parti.
“Kekalkan persefahaman dan hayati perjuangan parti,” katanya dan menambah perkara penting ialah puteri harus terus mendekati akar umbi.
Beliau juga menasihatkan agar puteri tidak mengetepikan kepimpinan bahagian, pemuda dan juga wanita sebaliknya bergerak bersama-sama.
“Kita mempunyai tanggungjawab bersama iaitu memastikan rakyat terus yakin dn percaya kepada Umno dan BN,” katanya lagi.

Share |