Friday, August 7, 2009

Kepelbagaian Suku Kaum dan Agama Bukan Halangan Wujud Perpaduan dan Persafahaman



KENANGAN...Sapawi menerima cenderakenangan daripada Pengersui JKKK Melaman Angian Alai di majlis tersebut.

SIPITANG: Kepelbagaian suku kaum dan agama bukan halangan untuk mewujudkan perpaduan dan persefahaman antara rakyat negara ini.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata persefahaman dan perpaduan kaum yang wujud sejak sekian lama di negara ini amat perlu untuk dipertahankan serta dipertingkatkan.
“Konsep Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan turut meletakkan perpaduan serta persefahaman sebagai perkara yang penting,” katanya pada perasmian seminar pemantapan dan kefahaman dasar negara di Sekolah Kebangsaan Melamam dekat sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pegawai Pemantau Negeri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Hapiza Bin Kamarozzaman, Pegawai Kemas Sipitang Maimunah Latif dan Penolong Pegawai Daerah Sipitang Zulkiflee Ahmad dan Wakil Pegawai Pelajaran Sipitang Adanan Osman
Sapawi berkata Barisan Nasional (BN) yang menerajui kerajaan merupakan role model dalam politik.
Katanya persefahaman dan perpaduan di kalangan parti komponen membolehkan perancangan membangun dan memajukan negara demi kepentingan rakyat dilaksanakan.
“Dalam BN, kita mempunyai pelbagai parti politik yang mewakili pelbagai kaum...kita dapat membentuk kerjasama dan muafakat dalam memastikan pentadbiran negara dilaksanakan dengan baik.
“Apa yang dilakukan dan dicapai oleh BN tidak akan mampu diikuti oleh mana-mana parti khuusnya pembangkang,” katanya dan menambah rakyat harus tidak terpengaruh dengan dakwaan pembangkang.
Katanya pembangkang tidak berupaya membentuk muafakat seperti yang dilakukan oleh BN dan apa yang didakwa cumalah untuk mengelirukan rakyat semata-mata.
“BN juga telah mewujudkan dasar dan wawasan untuk semua rakyat negara ini,” katanya lagi.

Share |