Sunday, August 9, 2009

Menipu dan Berjanji Kosong Bukan Budaya Umno


SAMBUT TAMU...Sapawi, Kamarlin dan Ahmad serta AJk Umno Sipitang
menyambut Dr. Mohd Puad di majlis tersebut

MANTAP...Sapawi merakamkan kenangan bersama-sama pimpinan dan AJK Umno Bahagian Sipitang.


MESRA...Sapawi mengiringi Dr Fuad bersalaman dengan perwakilan Umno Sipitang dimajlis tersebut.

CERIA...Sapawi menyampaikan cenderakenangan kepada Wakil Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.



DIHARGAI...Sapawi menyampaikan cenderakenangan kepada Dr. Puad sejurus perasmian mesyuarat tersebut.



SIPITANG: Amalan menipu dan berjanji kosong bukan amalan dalam perjuangan Umno.
Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata adalah amat penting anggota Umno harus kembali perjuangan murni.
“Perjuangan kita tidak harus emosi atau ikut perasaan...kita harus kembali kepada perjuangan hati nurani,” katanya ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Sipitang di Dewan Serbaguna Sipitang kelmarin.
Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Timbalan Ketua Umno Sipitang Kamarlin Ombi, Ketua Penerangan Umno Sipitang Ahmad Bujang, Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun, Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa dan Ketua Puteri Umno Sipitang Maimunah Sidek.
Dr. Puad berkata tanpa adanya perjuangan yang ikhlas, kekuatan dan kemantapan Umno pasti sahaja akan tergugat.
“Kita tidak boleh ego selamanya bahawa Umno ini tidak boleh tumbang, jika kita mengamalkan budaya menipu dan berjanji kosong, inilah yang akan berlaku,” katanya dan menambah anggota parti harus kembali kepada perjuangan asal parti.
Katanya jika anggota parti tidak amanah dan tidak bertanggungjawab sudah tentu kekuatan serta kemantapan Umno akan tergugat.
Umno adalah parti yang mempunyai keistimewaan dan inilah yang harus dipertahankan, katanya.
Sambil melahirkan keyakinan bahawa generasi muda sebenarnya memberi sokongan kepada Umno, Puan berkata, langkah yang harus dilakukan ialah memperbaiki kelemahan yang menyebabkan generasi muda itu merasa marah kepada parti.
Katanya generasi muda mahu agar Umno itu kembali kepada perjuangan asal dan bukannya terus kepada perjuangan untuk kepentingan seseorang.
“Saya merasakan bahawa generasi muda masih menyokong Umno tetapi mereka tidak menyukai dngan tingkah laku kita...inilah perkara yang harus kita perbaiki,” katanya.
Sementara itu Ketua Umno Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata keikhlasan dalam perjuangan amat penting kpada anggota Umno pada semua peringkat.
Katanya keikhlasan itu merupakan salah satu asas ke arah memperkukuh dan mempermantapkan Umno.

Share |