GELAGAT...Artis yang juga penghibur terkenal Abu Bakar Ellah (Ampal) mengambil kesempatan bersalaman dengan sebahagian AJK Umno Sipitang.
a) MERIAH...Sapawi (tengah) dan Kamarlin (kiri) bersama Pengerusi Penganjur Yunus Rajah (tiga dari kiri) ketika di majlis tersebut.
GAGASAN Satu Malaysia sememangnya telah diperakui di negeri ini, namun majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh pemimpin, lebih bertujuan untuk bersama rakyat khususnya peringkat akar umbi bagi meraikan sambutan perayaan.
Tujuan itulah juga terhadap majlis rumah terbuka Umno Bahagian Sipitang bersama Datuk Sapawi Ahmad dan Kamarlin Ombi sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri di Padas Damit, Beaufort.
Majlis yang diadakan pada hari kedua sambutan perayaan Aidilfitri itu yang dihadiri lebih 2,000 orang, bukanlah sesuatu yang baru tetapi sudah dianjurkan sejak sekian lama dan tujuannya tetap menumpukan bagi meraikan Aidilfitri bersama-sama dengan rakyat yang terdairi daripada pelbagai suku kaum dan anutan agama.
“Bagi rakyat negeri ini, sambutan perayaan seumpama ini bukan sahaja disambut penuh kegembiraan oleh umat Islam tetapi turut dimeriahkan oleh mereka yang bukan beragama Islam.
“Inilah keistimewaan yang kita miliki, persefahaman dan perpaduan kaum diperkukuhkan dengan sambutan perayaan seumpama ini,” kata Datuk Sapawi ketika ditemui pada majlis tersebut.
Menurutnya program majlis rumah terbuka adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada rakyat bersama-sama dengan pemimpin meraikan sambutan perayaan tersebut.
“Kehadiran ramai membuka peluang kepada kita untuk memperkukuhkan lagi persefahaman dan juga perpaduan…pemimpin dan rakyat sentiasa berhubung dan inilah yang kita miliki. Keistimewaan yang wajar dibanggakan,” katanya lagi.