Wednesday, September 30, 2009

Dukacita Memjelang Syawal


MERIAH...Sapawi dan Ketua Umno Zon Weston Ismail Kembar bersama-sama sebahaagian hadirin merakamkan kenangan di majlis tersebut.
WESTON (Beaufort): Ketiadaan bekalan air paip di beberapa buah rumah pada sambutan Aidilfitri di sini menimbulkan rasa dukacita kepada Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.
Beliau yang menerima berita itu ketika berkunjung ke majlis rumah terbuka Ketua Umno Zon Weston Ismail Kembar
“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku…ketiadaan bekalan air itu menyukarkan mereka untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.
Menurutnya pihak yang berkenaan seharusnya peka dengan keadaan tersebut mengambil perhatian serius beserta dengan tindakan.
Katanya gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri bukan hanya ditujukan kepada para pemimpin tetapi juga kepada jabatan-jabatan kerajaan.
“Rakyat adalah keutamaan kepada kita sebagai kerajaan dan masalah itu perlu diberi perhatian,” katanya dan menambah perhatian tanpa adanya sebarang tindakan tidak akan membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang berkata masalah itu akan dikemukakan kepada jabatan berkenaan.
“Saya kecewa kerana perkara ini berlaku dan berharap pihak Jabatan Air mengambil perhatian serius dan tindakan segera,” katanya lagi.
Share |