Wednesday, September 30, 2009

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin


HARMONI...Sapawi bersama Kamarlin dan Ahmad menyambut ketibaan Timbalan Ketua Menteri Sabah Merangkap Menteri Belia dan Sukan Datuk Peter Pang turut hadir di majlis tersebut.



TERHIBUR...Persembahan mantap undangan khas pasangan adik-beradik Stacy dan adiknya Chaq menhiburkan hadirin di majlis tersebut.

GANDINGAN MANTAP...Tiga pemimpin kawasam Parlimen P.178 Sipitang Sapawi, Kamarlin dan Ahmad dengan Isteri masing-masing.


LAYAN...Sapawi bersama Ketua LDP Sipitang Lau Kim Ling dan AJK Wanita Umno Sipitang Aminah Ghafar sedang melayan tetamu yang menjamu selera.


SOKONGAN PADU...Sebahagian ribuan pengunjung yang menghadiri majlis rumah terbuka Umno Sipitang



SIPITANG: `Jadikan kehadiran Aidilfitri sebagai landasan memperkukuh dan mempermantapkan perpaduan serta persefahaman yang sedia ada.’
Demikian kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad kepada umat Islam negeri ini yang meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Beliau berkata perpaduan dan persefahaman itu tidak hanya di kalangan umat Islam tetapi juga di kalangan penganut agama yang lain.
“Ikatan persefahaman dan perpaduan itu membolehkan negara terus makmur, harmoni, maju dan membangun di mana nikmati hasil daripada kesemuanya dirasai oleh rakyat secara menyeluruh katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka aidilfitri Umno Bahagian Sipitang di sini kelmarin,
Majlis yang dihadiri lebih 4,000 pengunjung itu turut dihadiri oleh Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Ombi merangkap Timbalan Ketua Umno Sipitang, Wakil Rakyat Sindumin Ahmad Bujang merangkap Ketua Penerangan Umno Sipitang, Ketua Wanita Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun, Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa dan Ketua Puteri Umno Sipitang Maimunah Sifek serta AJK Umno Sipitang.
Sapawi juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam,
Sapawi melahirkan keyakinan bahawa perpaduan, persefahaman, kerjasama dan kesepakatan yang wujud di kalangan kaum negeri ini akan terus meletakkan Sabah sebagai role model terhadap gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.
Menurutnya kekuatan dan keutuhan negara adalah berasaskan kepada perpaduan dan persefahaman antara kaum “dan kunci itu hendaklah dipertahankan.”
Beliau berkata sambutan perayaan Aidilfitri juga adalah ruang terbaik kepada umat Islam untuk menilai kejayaan dan kecemerlangan yang telah dicapai.
Katanya umat Islam pada hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran getir dan perlu dihadapi dengan berhikmah.
“Satu keistimewaan yang kita miliki ialah Aidilfitri disambut oleh umat Islam dengan penuh kemeriahan dan ia diserikan apabila rakyat dari agama lain turut meraikannya,” katanya lagi.
Di majlis itu juga pengunjung telah dihiburkan oleh juara akademi fantasia Stacy, turut menghiburkan ialah adiknya iaitu Caq yang berjaya melangkah ke final program reality televisyen Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Ombi merangkap Timbalan Ketua Umno Sipitang
Mentor anjuran TV3.

Share |