SUMBANGAN...Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan peralatan dapur kepada Pengerusi Masjid Ar Raudah Rahmat Sikon
TAZKIRAH...Sapawi menymapikan tazkirah ketika berbuka puasa bersama penduduk Kampung Karangan, Lumadan Beaufort
SUMBANGAN...Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menyampaikan sumbangan berbentuk barangan dapur kepada Ketua Wanita Umno Cawangan Kampung Karangan, Beaufort,Suraya Aziz.
SERIKAN RAMADAN...kehadiran bulan Ramadan ternyata tidak menghalang Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad bagi memperkukuh dan mengeratkan persefahaman dengan rakyat khususnya pada peringkat akar umbi.
Sapawi yang juga Ketua Penerangan Umno Sabah meneruskan program meraikan Ramadan bersama-sama dengan rakyat khususnya umat Islam di kawasan Parlimen Sipitang.
Dua kampung menjadi tumpuan kepada Ahli Parlimen Sipitang itu di mana beliau meluangkan masa untuk bersama-sama umat Islam di Kampung Karangan bagi menikmati juadah berbuka dan kemudiannya menunaikan solat Maghrib bersama-sama.
Beliau ditemani oleh wakil rakyat Lumadan Kamarlin Ombi kemudian menunaikan solat Isyak dan solat sunat terawih dengan umat Islam di Kampung Lumadan.
Di majlis itu Sapawi dan Kamarlin masing-masing Ketua Umno Sipitang dan Timbalan Ketua Umno Sipitang telah menyerahkan sumbangan berbentuk barangan dapur dan meluluskan peruntukan peralatan asas untuk membaik pulih balai raya kampung tersebut.
.