Tuesday, October 27, 2009

Generasi Muda Ceburi Sektor Perladangan


DIHARGAI...Sapawi menerima cenderakengan daripda Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah Siti Aisah Mohd Asri di majlis tersebut.


SOKONGAN...Sebahagian Kakitangan kerajaan dan penduduk setempat yang hadir di majlis tersebut.

SIMBOLIK...Sapawi diperhatikan oleh Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sabah Siti Aisah Mohd Asri memukul gong tanda rasmi majlis tersebut.

LUMADAN (Beaufort): Generasi muda dinasihatkan agar turut meletakkan sektor perladangan sebagai keutamaan dalam bidang pekerjaan.
Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata sektor perladangan turut memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi negara itu.
“Kerana itulah kerajaan sentiasa mengharapkan pekerjaan di sektor perladangan diisi oleh pekerja tempatan dan tidak dikuasai oleh pekeja asing,” katanya pada majlis perasmian program penggalakkan pekerja tempatan di sektor perladangan di sini kelmarin.
Majlis anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sabah dengan Kerjasama Biro Penerangan Pemuda Umno Sipitang turut dihadiri oleh Pengarah Tenaga Kerja Sabah Siti Aishah Mohd Ali,, Penolong Pengarah Tenaga Kerja Beaufort Mohd Azzahari Kassim, Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun, Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa dan Exco Pemuda Umno Malaysia Lokman Noor Adam
Sapawi berkata sikap memilih pekerjaan dengan mengganggap pekerjaan di sektor perladangan sebagai pekerjaan bawahan tidak harus diamalkan sehingga ia menjadi budaya yang diwarisi.
Katanya sektor per;ladangan seperti pertanian menjadi sandaran utama kepada pembangunan ekonomi negara.
“Kerajaan tidak mahu sektor itu terus bergantung kepada tenaga asing,” katanya dan menambah pembangunan ekonomi negara akan terus berkembang jika sektor tersebut turut menjadi pilihan pekerja tempatan.
Bagaimanapun Sapawi turut mengingatkan agar generasi muda khususnya mereka lepasan sekolah dan bersemangat mencari pekerjaan berhati-hati dengan agensi pekerjaan.
Katanya sebelum menyertai agensi itu, mereka sewajarnya membuat rujukan dengan Jabatan Tenaga Kerja.
Menurutnya langkah itu penting bagi mengelak ditipu dan membolehkan mereka mengetahui mengenai kedudukan agensi terbabit.
“Sudah ramai yang tertipu dan perkara ini harus diberikan perhatian,” katanya lagi.

Share |