Monday, November 23, 2009

Al-Quran Panduan Umat Islam Capai Kecemerlangn Dan Kejayaan


DORONGAN…Sapawi menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta khatam quran di majlis tersebut


MESRA...Sapawi bersalaman dengan ibubapa yang menghadiri majlis tersebut.

KHUSYUK...Pelajar Kafa sedang membaca ayat suci al-quran pada majlis Khatam quran beramai-ramai


CERIA...Sapawi bersama-sama tetamu jemputan dan ibubapa yang hadir pada majlis tersebut.

SERONOK…Sapawi dan Ahmad menyembur air kepada peserta berkhatan beramai-ramai.

SIPITANG: Al-Quran wajar dijadikan sebagai panduan kepada umat Islam dalam mencapai kecemerlangan dan juga kejayaan.
Ini termasuklah kecemerlangan dan kejayaan dalam bidang pendidikan, kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.
" Sebagai umat Islam kita wajar menjadikan al-Quran sebagai panduan untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam pelbagai bidang termasuklah pendidikan," katanya pada majlis khatan dan khatam al-Quran Kafa Sipitang di sini kelmarin.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Wakil Rakyat Sindumin Ahmad Bujang, Iman Daerah Sipitang Rafahi Idris, Penyelia Kafa Sipitang Mohd Fhaza Abdul Zateh, Naib Ketua Pemuda Umno Sipitang Matbali Musah dan Pengerusi Penganjur Jailani Marhjah.
Sapawi berkata al-Quran adalah yang terbaik untuk dijadikan sebagai panduan kepada usaha mencapai kecemerlangan dan juga kejayaan.
Bagaimanapun Sapawi memberitahu pada ketika ini ramai generasi muda Islam tidak tahu membaca al-Quran.
"Untuk mendapatkan panduan itu, kita bukan sekadar perlu tahu membaca tetapi juga perlu memahami dan menghayati apa yang terkandung dalam kitab suci itu," katanya dan menambah namun ketika ini ramai generasi muda Islam buta al-Quran.
Keadaan ini katanya wajar melahirkan kebimbangan kepada umat Islam dan langkah-langkah tertentu perlu untuk diambil.
Beliau memberitahu usaha kerajaan dalam memastikan al-Quran mampu dibaca, difahami dan dihayati perlu diberikan sokongan.
"Dalam hal ini ibu bapa wajar memberikan sokongan khususnya dalam memastikan anak-anak mereka dapat menerima bimbingan dan menerima ilmu al-Quran," katanya.
Sapawi berkata pembukaan kelas Kafa tidak harus dipersia-siakan sebaliknya dipergunakan dengan sebaik-baiknya.
"Kelas Kafa yang membolehkan kita menimba ilmu al-Quran perlu dipergunakan dan inilah peluang terbaik kepada kita," katanya lagi.
Mengenai majlis berkhatan, Sapawi memberitahu amalan berkhatan dalam Islam adalah menyentuh mengenai kebersihan.
Katanya Islam amat menitikberatkan tentang kebersihan umatnya dan salah satu daripadanya adalah berkhatan.
Di majlis tersebut seramai 39 pelajar Kafa menyertai khatam quran dan 66 Khatan.
Share |