Tuesday, December 15, 2009

Sapawi Tidak Puas Hati Pendaftaran e-Kasih







BANTUAN…Sapawi diperhatikan oleh Ahmad menyampaikan kunci rumah Ketua Isi Keluarga Termiskin kepada Samuel Balang yang tersenarai dalam program e-Kasih.



SOKONGAN…Sebahagian penduduk setempat yang hadir di majlis tersebut.



MESRA…Sapawi bersama Ahmad bersalaman dengan penduduk kampong sejurus tiba di majlis tersebut.

SUMBANG…Sapawi menyampaikan sumbangan peralatan dapur kepada wakil rumah kebudayaan Kg. Meligan Davey Unsui



DIHARGAI…Sapawi diperhatikan oleh Ahmad menerima cenderakenangan berbentuk topi daripada Ketua Zon Pembangunan Parlimen Davey Unsui



SIPITANG: Kerjasama antara pemimpin masyarakat dengan jabatan, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan penting bagi memastikan tiada golongan yang layak tercicir daripada menerima bantuan daripada kerajaan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata ketika ini masih ada golongan yang layak untuk menerima bantuan kerajaan telah tercicir.

“Ini termasuklah dalam pendaftaran untuk e-Kasih…ada golongan yang layak tidak didaftarkan manakala yang tidak layak pula berada dalam senarai…banyak kelemahan yang perlu diberikan perhatian,” katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Sambutan Pra Natal di Kampung Meligan dekat sini kelmarin.

Sambil melahirkan rasa tidak puas hati, Sapawi memberitahu akibat kelemahan itu, pemimpin yang menjadi sasaran rakyat.

Menurutnya kelemahan itu juga menyebabkan program yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat miskin tidak tercapai atau mencapai sasarannya yang sebenar.

“Perlu ada ketelusan, keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab itu dan turut penting kerjasama harus diwujudkan,” katanya dan menambah kelemahan seumpama itu tidak harus dibiarkan berpanjangan sebaliknya harus diatasi dengan tindakan segera.

Beliau memberitahu kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah lebih 50 tahun sentiasa berusaha untuk membantu rakyat dalam pelbagai aspek.

Katanya dalam aspek pembangunan tidak hanya ditumpukan kepada kawasan bandar tetapi juga di kawasan di luar bandar.

“Usaha basmi kemiskinan pula adalah bersifat berterusan dan menjadi keutamaan kepada BN selain meletakkan pembangunan pendidikan sebagai perkara yang utama,” katanya.

Bagi membantu penduduk di luar bandar, Sapawi berkata usaha untuk membawa Jabatan Pendaftaran akan dilakukan bagi membolehkan penduduk luar bandar mendaftaran bagi mendapatkan kad pengenalan dan sijil lahir lewat.

“Kita juga akan berusaha untuk membawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan generasi yang berusia 21 tahun mendaftar sebagai pengundi,” katanya lagi.

Pada majlis tersebut Sapawi turut menyampaikan sumbangan peralatan dapur untuk rumah kebudayaan Kampung Meligan dan meluluskan permohonan paip graviti dan kerusi

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah wakil rakyat Sindumin Ahmad Bujang, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh dan Ketua Zon Pembangunan Parlimen Sipitang Davey Unsui.
Share |