Wednesday, January 13, 2010

Juara Rakyat

JELAS…Sapawi sedang menerangkan sesuatu kepada Musa dan Yahya bahan-bahan sejarah bergambar Umno Sabah yang di pamerkan.


MANTAP…Sebahagian pimpinan Umno Sabah yang turut hadir di program Juara Rakyat tersebut.


DIHARGAI…Najib menerima cenderakenangan daripada Sapawi sambil diperhatikan oleh Musa semasa melawat gerai pameran Umno Sabah


HANGAT…Persembahan kulintangan dan muzik bambu sambil diiringi penari tradisonal pelbagai suku kaum Sabah menjadi daya tarikan pengunjung di gerai pameran Umno Sabah


TETARIK…Shafie diiringi oleh Sapawi melawat gerai pameran Umno Sabah.


PENYERTAAN Badan Perhubungan Umno Sabah dalam program Juara Rakyat di Selangor bukan sekadar mengeratkan silaturrahim yang sedia ada tetapi memperlihatkan kesungguhan dalam menunaikan peranan dan tanggungjawab yang diberikan oleh parti..

Rombongan Umno Sabah diketuai oleh Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad yang turut mengambil bahagian dengan membuka gerai pamerandengan tema “Kebudayaan Teras Perpaduan” bagi memberi ruang serta peluang kepada orang ramai yang berkunjung untuk melihat bahan yang dipamerkan.

Program Juara Rakyat anjuran Penerangan Umno Malaysia menyaksikan gerai Umno Sabah membuat persembahan kulintangan dan muzik bambu serta berita bergambar sejarah penubuhan Umno Sabah mendapat perhatian daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta beberapa pemimpin Umno.

Kekreatifan gerai Umno Sabah tersebut turut dibanggakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Musa Aman yang turut hadir bagi memberikan sokongan.

Kekreatifan itu juga membolehkan gerai Umno Sabah disenaraikan dalam tiga gerai terbaik sepanjang program selama tiga hari.

“Kita mengadakan acara kebudayaan milik suku kaum yang terdapat di Sabah dan ini melambangkan persefahaman serta perpaduan rakyat,” kata Sapawi.

Menurutnya program Juara Rakyat merupakan program yang boleh mengesankan rakyat di mana fokus tidak lagi untuk menjadi naib juara atau sebagainya.

Katanya tumpuan ialah menjadi juara kepada kehidupan rakyat “dan ini dilakukan menerusi khidmat termasuklah perjuangan kita kepada rakyat.”

“Program seumpama ini memang tepat kerana kita sentiasa berusaha memastikan perjuangan untuk rakyat adalah nombor satu atau yang menjadi keutamaan,” katanya lagi.

Sapawi berkata Umno Sabah akan mengerakkan seluruh jenteranya di semua peringkat untuk menjayakan program “Juara Rakyat” dengan menjelajah dan menangani masalah rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik dalam tempoh terdekat ini.

Penganjuran program itu bukan sekadar untuk meletakkan perjuangan Umno sebagai yang terbaik kepada rakyat “tetapi juga kita mahu menyatakan kepada rakyat tentang kesungguhan kita dalam memperjuangkan nasib mereka,” katanya.


Share |