Monday, February 22, 2010

Juara Rakyat Eratkan Pemimpin Dengan Rakyat


TRADISI…Sapawi mengiringi Hamzah pada sambutan penuh tradisi ketika hadir di majlis tersebut.


TINJAU…Sapawi bersama rombongan sedang meninjau rumag ibu tunggul Dayang Asnah Binti Ali,52, di Kampung Lubok Laut, Weston sempena program tersebut.


SOKONGAN RAKYAT…Sebahagian penduduk setempat yang hadir di majlis tersebut


SUMBANGAN...Hamzah diperhatikan oleh Sapawi menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan ibu tunggul di majlis tersebut.

UNTUK RAKYAT…Bapa Angkat Umno Sipitang Datuk Hamzah Zainuddin bersama Sapawi, Kamarlin dan Hafez sedang bergotong-royong membina sebuah rumah di kg.Lubok Weston.

KEIKHLASAN Umno dalam memperjuangkan nasib dan kepentingan rakyat bukan perkara yang disifatkan sebagai omong-omong kosong tetapi ianya amat jelas bahawa keikhlasan serta kesungguhan itu dibuktikan lagi dengan program Juara Rakyat yang diperkenalkan.

Bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi keikhlasan dan kesungguhan Umno bersama-sama kompenan Parti BN tidak pernah pudar. Sejak dulu sehingga kini perjuangan yang berintipatikan keikhlasan dan kesungguhan itu telah dilaksanakan. Semuanya untuk rakyat dan demi rakyat.

Perjuangan itu pula tidak hanya menumpukan kepada satu kaum, sebaliknya ia bersifat menyeluruh dengan memfokuskan kepada seluruh rakyat tanpa mengira bangsa, kaum mahupun anutan agama. Malah perjuangan Umno yang menyeluruh itu melibatkan semua kawasan. Dari bandar sehinggalah ke luar bandar.

“Juara Rakyat adalah program untuk rakyat…bukan untuk pemimpin ataupun ahli Umno. Kita mendekati rakyat menerusi program itu dan kita eratkan lagi hubungan antara pemimpin yakni ahli parti dengan rakyat khussusnya pada peringkat akar umbi,” kata Datuk Sapawi Ahmad.

Ketua Umno Bahagian Sipitang itu memberitahu apa yang dilakukan oleh Umno selama ini adalah untuk rakyat dan ia adalah ikhlas dan penuh kesungguhan.

Sapawi yang juga Ketua Penerangan Umno Sabah ditemui pada program Juara Rakyat peringkat Parlimen Sipitang. Program pada kali ini melibatkan majlis gotong-royong, kenduri sekampung dan penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal, warga emas serta mangsa bencana alam.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Hamzah Zainuddin.

“Dakwaan bahawa perjuangan Umno hanya untuk kepentingan orang tertentu adalah tidak benar…perjuangan kita tetap mengutamakan rakyat,” kata Sapawi.

Menurutnya Umno yang menjadi tunjang pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah melaksanakan pelbagai program pembangunan dan ia turut dilaksanakan oleh rakyat di luar bandar.

Katanya Umno mahu segala hasil yang diperjuangkan mampu dirasa dan dinikmati oleh rakyat.

“Kita yakin rakyat sedar dan tahu apa yang dilakukan oleh Umno dan kita juga mahu rakyat tahu apa yang telah kita lakukan untuk rakyat dan demi rakyat itu bukan bersifat sementara tetapi bersifat berterusan dan tidak akan pernah putus,” katanya lagi.

Program yang dihadiri lebih 1,000 penduduk setempat turut dihadiri Timbalan Ketua Umno Sipitang Kamarlin Ombi, Ketua Penerangan Umno Sipitang Ahmad Bujang, Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa, Ketua Puteri Sipitang Dayang Maimunah Sidek dan Ketua Biro Kebajikan umno Sipitang Muanam Mujiarto.


Share |