Tuesday, February 23, 2010

Lawat Perusahaan Membuat Sos Cili



PERLU PERHATIAN…Usaha yang dilakukan oleh ahli Pertubuhan Peladang Kampung Lubuk Weston, Beaufort, Timah Apong bagi perusahaan membuat Sos cili menarik minat Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

Sapawi membuat lawatan ke bengkel perusahaan tersebut selepas menghadiri Program Juara Rakyat di Kampung Lubok Weston Beaufort dan menghabiskan masa hamper sejam.

Pada kunjungan itu Sapawi dimaklumkan bahawa Timah, 68, telah mendapat pinjaman sebanyak RM20 ribu daripada Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) bagi membuat bengkel tersebut.

“Pinjaman itu sememangnya bermakna kepada Timah tetapi kita berharap agar pihak PPN khususnya cawangan Beaufort membuat pemantauan bagi memastikan projek itu siap sepenuhnya,” katanya dan menambah bengkel itu apabila siap akan membantu Timah.

Kelihatan Sapawi sedang mendengar permasalahan yang dihadapi oleh Timah (empat dari kanan) ditemani suaminya Umar Gudi,74,(kanan) semasa mengunjungi bengkel yang belum siap itu.


Share |