Friday, February 26, 2010

Kursus Penceramah Anjuran Sekretariat Penerangan Dan Komunikasi Wanita UMNO





KOTA KINABLU : Seramai 75 orang Ketua Penerangan dan Setiausaha menghadiri Kursus Penceramah anjuran Sekretariat Penerangan dan Komunikasi Wanita UMNO Malaysia bersama Jasa di Beverly Hotel semalam.

Kursus 4 hari itu telah dirasmikan oleh Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Sapawi Ahmad dan
dihadiri Ketua Penerangan Wanita UMNO Sabah, Asnah Tahlil, Pengarah Jasa Sabah, Abdul Manaf Lakareba serta ketua-ketua Penerangan dan Penolong Setiausaha Wanita UMNO bahagian seluruh Sabah.

Dalam majlis itu Sapawi berkata, seorang penceramah yang terpilih bukan sahaja pintar berkata-kata tetapi mereka juga mesti berilmu dan pandai menarik perhatian pihak yang mendengar.

Katanya tidak guna mereka banyak ilmu tetapi apa yang disampaikan tidak dapat difahami dan dimanfaatkan pendengar itu sendiri.

“Sebagai penceramah inilah masanya untuk kita menerangkan kepada ahli-ahli UMNO tentang dasar-dasar pembangunan yang di bawah oleh UMNO sebagai tunjung pemerintahan kerajaan dalam
Barisan Nasional,” jelas Sapawi lagi.

Sementara itu,Ketua Penerangan Wanita UMNO Sabah, Asnah Tahlil berkata para penceramah yang terpilih diharapkan bermuhasabah diri dan menilai diri sendiri sebelum mereka kelak dinilai oleh rakyat pada pilihan raya akan datang.

“Proses bermuhasabah itu bukanlah bertujuan mencari atau menuding jari mencari kesalahan dan kelemahan pemimpin atau pihak lain, sebaliknya bermuhasabah mencari kelemahan diri sendiri.

Menerusi proses muhasabah ini, kita perlu membuat kesimpulan apa bentuk kejayaan untuk diserlahkan

oleh kita dan apa kelemahan yang perlu diperbaiki,” katanya.


Share |