Friday, February 26, 2010

Perhimpunan Bulanan Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan





KOTA KINABALU: Agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan disaran agar berkerjasama dalam merakyatkan visi dan misi Perdana Menteri.

Exco Penerangan Negeri Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata usaha menjayakan visi dan misi Perdana Menteri itu perlu diberikan perhatian serius.

“Perlu ada kesungguhan dengan azam dan tekad…bergerak dalam satu pasukan untuk merakyatkan visi dan misi Konsep 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak,” katanya pada perhimpunan bulanan kementerian itu di Wisma Dang Bandang Kota Kinabalu kelmarin.

Menurutnya keseriusan itu perlu bagi memastikan mesej dalam visi dan misi Perdana Menteri itu mencapai sasarannya.

Katanya tanpa adanya kerjasama sudah tentu visi dan misi Perdana Menteri tidak akan mampu mencapai sasaran.

“Paling membimbangkan jika rakyat tidak memahami visi dan misi tersebut…jika ini berlaku sudah tentu ia membuka ruang kepada pihak-pihak tertentu untuk mengelirukan rakyat,” katanya dan menambah sebagai penjawat awam, mereka menjadi role model kepada rakyat.

Menurutnya memang bukan mudah memastikan rakyat memahami visi dan misi Perdana Menteri.

Namun jika ada kerjasama, kesungguhan dan keseriusan sudah tentu ia mampu dipermudahkan, katanya lagi.

Beliau jug menegaskan bahawa hubungan dengan rakyat perlu diberikan perhatian.


Share |