Thursday, February 25, 2010

Tinjau Dan Selidik Masalah Rakyat




KOTA KINABALU: `Buat tinjauan dan selidik masalah yang dihadapi oleh rakyat dan kemukakan kepada pemimpin.’

Itulah saranan Exco Penerangan Sabah Datuk Sapawi Ahmad kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Sabah pada Majlis Taklimat Daftar Pemilih SPR untuk pegawai-pegawai Jasa di Wisma Dang Bandang Kota Kinabalu kelmarin.

Hadir sama di majlis tersebut termasuklah Pengarah Jasa Negeri Abdul Manap Lakariba dan Pegawai SPR Faridah DD.

Sapawi berkata langkah penting bagi membolehkan pemimpin mahupun kerajaan mengambil tindakan segera bagi memperbaiki dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.

“Jasa bertindak sebagai pengantara pemimpin, kerajaan dengan rakyat,” katanya di sini.

Beliau berkata tugas yang diberikan hendaklah juga dilaksanakan dengan amanah dan penuh tanggungjawab.

Katanya ketika ini pegawai Jasa berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuklah menghadapi dakyah-dakyah yang disebarkan oleh pembangkang kepada rakyat.

Menurutnya dalam menangani dakyah itu dan memastikan rakyat tidak terpengaruh, pegawai Jasa perlu turun padang bagi memberikan penerangan serta penjelasan.

“Usaha itu perlu dilakukan kerana kita tidak mahu rakyat terpengaruh dengan pembangkang…kita mahu agar rakyat terus mengekalkan sokongan kepada kerajaan,” katanya dan menambah Jasa adalah agen perubahan kepada rakyat.

Beliau berkata Jasa perlu untuk meningkatkan hubungan dan membina kemesraan dengan rakyat.

Sapawi jug mengingatkan agar pegawai Jasa akur dengan apa juga keputusan yang dibuat oleh barisan kepimpinan.

“Apa jug keputusan yang dibuat hendaklah diterima dan terus laksnakan tugas dengan amanah serta penuh tanggungjawab,” katanya lagi.

Di majlis itu juga semua pegawai Jasa telah menlafaz ikrar sebagai penolong pegawai pendaftar SPR di hadapan Pegawai SPR.


Share |