Thursday, February 11, 2010

Lawat Mangsa Ribut Di Kampung Ulu Sipitang




TURUN PADANG…nasib malang yang menimpa Faisal Kamsin,50, dan seorang penoreh getah di Kampung Ulu Sipitang, mendapat pehatian daripada Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad

Sapawi membuat kejutan ke atas Faisal dan keluarganya apabila berkunjung ke kediaman mereka di Kampung Ulu Sipitang untuk menghulurkan bantuan , selepas kediaman Faisal mengalami kerosakan apabila ribut melanda baru-baru ini.

Bagaimanapun Faisal, isteri dan lapan orang anaknya terselamat dari sebarang kecederaan pada kejadian tersebut.

“Kita berharap bantuan yang diberikan dapat meringgankan bebanan Faisal dan keluarga,” kata Sapawi yang menghabiskan masa selama sejam bersama keluarga tersebut.

Sapawi yang ditemani oleh Pegawai Kemas Sipitang Mainunah Latif, Penolong Pegawai Daerah Sipitang Dzulkefli Ahmad, Penyelia Kemas Sipitang Aminah Ghafar, Ketua Zon Pembangunan Parlimen Ulu Sipitang Daim Bakar dan Ketua Biro Keushawanan Pemuda Umno Sipitang Jaafar Jalaf menyampaikan zink kepada Faisal.

Selain itu Sapawi turut menyampaikan sumbangan peribadinya dengan berharap Faisal dan keluarga tabah menerima dugaan tersebut.

Kelihatan Sapawi sedang meninjau kerosakan atap kediaman Faisal yang rosak teruk dilanda ribut baru-baru ini.


Share |