Tuesday, February 9, 2010

Sipitang Dream Team Vs SLDB


SUMBANGAN…Ketua Perkhidmatan Koparat SLDB Syaheddrul R. Joddari menyampaikan set jersi kepada Ketua Pasukan Sipitang Dream Team Abdul Rahman Mohd Noh sambil diperhatikan oleh Sapawi dan Ketua Operasi SLDB Jilis Ismail sebelum sepak mula.


KOTA KINABALU: Kekalahan pada perlawanan pertamanya tahun ini tetap tidak mematahkan semangat Sipitang Dream Team bagi menghadapi perlawanan bola sepak akan datang.

Sebaliknya pasukan yang dinaungi oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad itu berazam mencatatkan keputusan yang lebih baik pada perlawanan seterusnya nanti.

“Kekalahan wajar dijadikan sebagai pendorong ke arah mencapai kejayaan,” kata Sapawi selepas perlawanan bola sepak persahabatan pasukan itu menentang pasukan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) di Kompleks Sukan Likas malam kelmarin.

Sipitang Dream Team tewas 4-6 pada perlawanan tersebut dan Sapawi menyifatkan kekalahan itu merupakan cabaran untuk pasukan tersebut bagi memperkukuhkan kekuatan yang ada.

Menurutnya sebarang kelemahan pada perlawanan itu perlu untuk diatasi dan pasukan itu perlu lebih berusaha untuk mencatatkan keputusan yang lebih baik.

Katanya meskipun beraksi untuk perlawanan persahabatan, namun kekuatan pasukan amat perlu diberikan perhatian.

“Apa yang perlu dilakukan ketika ini ialah memastikan setiap kelamahan diperbaiki sebagai persediaan menghadapi perlawanan yang akan datang,” katanya.

Pada perlawanan tersebut SLDB telah menyampaikan set jersi kepada Sipitang Dream Team sebagai dorongan agar pasukan itu terus aktif.


Share |