Tuesday, February 9, 2010

Mesyuarat Umno Bahagian Sipitang


CERIA…Sapawi diperhatikan oleh timbalanya Kamarlin sedang mempengerusikan mesyuarat Umno bahagian Sipitang.

KOTA KINABALU: Umno Bahagian Sipitang akan memastikan program Juara Rakyat yang sedang dan akan dilaksanakan mencapai sasaran seperti yang dikehendaki.

Sebagai usaha memastikan keberkesanan program itu, beberapa langkah akan diberikan perhatian, kata Ketua Bahagian Umno Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

“Ini termasuklah memastikan program Juara Rakyat bersama parti kompenan Barisan Nasional (BN) yang dilaksanakan melibatkan rakyat pelbagai kaum secara menyeluruh....kita mahu ia selari dengan konsep Satu Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Umno bahagian itu di sini kelmarin.

Menurutnya beberapa perkara seperti melestarikan pembangunan dan mengukuhkan perpaduan rakyat telah diperbincangkan

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Timbalan Ketua Umno Sipitang Kamarlin Ombi, Ketua Penerangan Umno sipitang Ahmad bujang,Setiauasaha Umno Sipitang Alidin Mohamad, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun, Wakil Pemuda Umno Sipitang Zulhelmi Asbi dan Ketua Puteri Sipitang Dayang Maimunah Sidek dan juga Ahli Jawatankuasa Umno Sipitang


Share |