Wednesday, February 3, 2010

Pejawat Awam Laksanakan Tanggungjawab Dengan Penuh Amanah


BINCANG…Sapawi menyatakan sesuatu sambil diperhatikan oleh Kamarlin dan Ahmad pada mesyuarat tersebut.


SIPITANG: Tunaikan tanggungjawab sebagai pejawat awam dengan telus dan amanah agar matlamat serta kehendak kerajaan mencapai sasaran.


Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata sikap sesetengah penjawat awanmyang tidak telus menjejaskan perancangan kerajaan.“Sikap itu membuatkan rakyat menghetam pemimpin dan kerajaan.” Katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan


Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP), Parlimen P.178 Sipitang di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Sipitang pagi kelmarin.


Hadir sama pada mesyuarat tersebut termasuklah Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Ombi, Wakil Rakyat Sindumin Ahmad Bujang, Penolong Pegawai Daerah Sipitang Matlin Dullah, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin serta pegawai-pegawai jabatan kerajaan negeri dan persekutuan.


Sapawi yang juga Pengerusi MPPP Sipitang berkata antara sikap yang kurang telus ialah menjadi pemutus setiap permohonan sedangkan permohonan itu seharusnya diterima untuk diproses.


Katanya ia termasuklah permohonan e-Kasih di mana banyak rungutan dari rakyat.


Menurutnya runggutan rakyat itu perlu diberikan perhatian serius.


Beliau berkata runggutan rakyat tidak harus dipandang mudah tanpa sebarang tindakan.


“tunaikan tugas dengan amanah, kita mahu sasaran itu tercapai sepenuhnya,”katanya lagi.


Pada mesyuarat itu juga Sapawi telah membincangkan penyelaraskan permohonan Subsidi Beras untuk Rakyat (SUBUR) bagi kawasan Lumadan dan Sindumin.

Share |