Wednesday, February 3, 2010

Golf Alumni ASSA


Kelihatan Sapawi menikmati jamuan bersama tetamu jemputan sejurus majlis tersebut.


Kelihatan Sapawi diperhatikan oleh Presiden ASSA Hamidah Jaafar (tengah) dan Pengerusi Penganjur golf ASSA Bakir Mancaing (kanan) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang di majlis tersebut



TAHNIAH…Penaung Persatuan Alumni Sekolah Menengah Sains Kota Kinabalu (ASSA) Datuk Sapawi Ahmad turut serta sama menyerikan kejohanan golf Jubli Perak SMESH/SBPS di Sutera Harbour Golf Club Resort di Kota Kinabalu baru-baru ini.


Meskipun hadir sebagai bukan pemain namun kehadiran Sapawi yang bekas guru di SBPS dulu menyerikan lagi kejohanan yang disertai 95 pemain.


Kejohanan itu diadakan sebagai usaha ASSA untuk mengumpul dana bagi mengisi tabung persatuan membantu aktiviti sekolah.


Share |