Monday, February 1, 2010

Malam Alumni SBPS/SMESH


AKTIF…Sapawi merakamkan kenangan bersama AJK Persatuan Alumni SBPS/ASSA di majlis tersebut.


KENANGAN…Presiden ASSA Hamidah Jaffar dan Jamawi Jaafar merakamkan kenangan bersama rakan-rakan pelajar di majlis tersebut.


MERIAH…Sapawi merakamkan kenangan bersama bekas-bekas pengetua, guru dan pelajar SBPS/SMESH di majlis tersebut.

CERIA…Sapawi bersama mantan-mantan pengetua SBPS/SMESH yang hadir pada malam tersebut


DIHARGAI…Sapawi diperhatikan oleh Presiden ASSA Hamidah Jaffar menyampaikan cenderakenangan kepada mantan pengetua ke-2 SBPS Dato’ Adnan Ibrahim


KOTA KINABALU: Persatuan bekas pelajar dapat membantu pihak sekolah untuk mencapai kecemerlangan.


Bagaimanapun mereka perlu proaktif dalam membantu pihak sekolah merecanakan perancangan dalam mencapai


kecemerlangan itu, kata penaung Persatuan Alumi SMESH/SBPS (ASSA), Datuk Sapawi Ahmad di Dewan Seri Kinabalu Sekolah Menengah Sains Kota Kinabalu kelmarin.


Berucap pada majlis makan malam persatuan itu, Sapawi berkata penampilan mereka dalam membantu sekolah sememangnya amat dialu-alukan.


“Sumbangan itu sebagai tanda penghargaan kita kepada sekolah yang telah menyambut ulangtahun ke-25 tahun membolehkan kita berjaya pada hari ini,” katanya.


Menurutnya dengan dianggotai oleh mereka yang berkerjaya termasuklah dalam bidang professional, ASSA boleh membantu menjadikan SMESH untuk mencapai kecemerlangan.


Katanya ASSA juga boleh membantu untuk menjadikan SMESH yang dahulunya Sekolah Berasrama Penuh Sabah (SBPS) tersenarai dalam Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang pertama di negeri ini.


“Kita boleh membantu dan bukan angan-angan untuk menyenaraikan SMESH dalam SBT untuk yang pertama di negeri ini.


“Apa yang perlu kita lakukan ialah membantu pihak sekolah dengan mengadakan pelbagai aktiviti dan program bergerak berterusan secara proaktif bagi kemajuan pelajar,” katanya.


Menurutnya ia merupakan satu kepuasan sekiranya usaha yang dilakukan mencapai keberkesanan dengan membantu melahirkan generasi berilmu dan berakhlak tinggi.


Sambil melahirkan keyakinan terhadap ASSA, Sapawi berkata pihak sekolah dan juga Persatuan Ibubapa dan Guru juga pastinya akan sedia bekerjasama dan mengalu-alukan usaha yang dilakukan.


Hadir sama pada majlis itu termasuklah Presiden ASSA Hamidah Jaafar, Pengetua SMESH Zaini Jair, dan manta bekas pengetua sekolah berkenaan Radzwan Mohd Yussof, Dato’ Adnan Ibrahim, serta Ibrahim Ahmad

Share |