SOKONGAN…sebahagian para belia dan penulis blog yang hadir di majlis tersebut.
DIHARGAI…Sapawi diperhatikan oleh Presiden Persatuan Alumni SMESH/SBPS (ASSA) Hamidah Jafar menerima cenderakenangan daripada Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Persekutuan Sabah Khairul Aminus Kamarudin
Exco Penerangan Negeri Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata dengan ruang yang mereka miliki, penulis blog dapat membantu dan ia merupakan sumbangan bermakna ke arah memperkukuhkan keharmonian dan kemakmuran yang dinikmari ketika ini.
“Kita perlu sedar bahawa konsep Satu
Beliau berkata meskipun ketika ini rakyat mula memahami akan konsep Satu
Bagaimanapun Sapawi yang juga Ketua Penerangan Umno Sabah berharap agar penulis blog di negeri ini tidak terpengaruh dengan usaha pihak tertentu yang cuba mempergunakan mereka.
Katanya pihak tertentu itu berusaha memperdayakan mereka dengan menutup kebaikkan konsep itu dengan melontarkan pandangan-pandangan yang berunsurkan negatif.
“Jangan terpengaruh dengan pihak itu…perkara penting yang harus kita sedar ialah konsep Satu
“Kerana itulah Sabah dan juga Sarawak dilabelkan sebagai contoh terbaik untuk konsep Satu
Sapawi menegaskan keistimewaan itu bukan sahaja perlu dikekalkan tetapi harus dipertingkatkan.
Katanya sesebuah negara amat bergantung kepada persefahaman dan perpaduan rakyatnya untuk mencapai kemajuan dan pembangunan.
“Negara tidak mungkin mencapai kemajuan dan membangun jika rakyatnya tidak memiliki persefahaman…jika perpaduan rakyat lemah, kita akan mudah untuk dikucar-kacirkan,” katanya dan menambah hal itu berlaku di beberapa buah negara yang bukan sahaja dipergunakan tetapi terus mundur.
Sambil menyifatkan konsep Satu
Katanya apa yang berlaku di beberapa buah negara adalah contoh terbaik jika perpaduan dan persefahaman kaum diketepikan.
“Kita mahu agar keharmonian dan kemakmuran negara terus dinikmati oleh generasi ketika ini dan juga generasi akan dating…kita mahu ia kekal dan berterusan,” katanya lagi.
Majlis Anjuran Alumni SMESH/SBPS (ASSA) dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Persekutuan Sabah turut dihadiri oleh ahli panelnya Mustapha Sakmud dan Aikesah Mohd Ali.