Friday, January 29, 2010

Juara Rakyat Sipitang


PERJUANGAN...Sebahagian barisan pimpinan Umno bahagian Sipitang yang menghadiri majlis tersebut


SOKONGAN PADU…Sebahagian para ibubapa dan pelajar yang hadir di majlis tersebut


DIHARGAI…Kamarlin menyampaikan cenderakenangan kepada pakar motivasi Ustaz Sarif Adul


CEMERLANG…Sapawi dan pimpinan setempat merakamkan kenangan bersama-sama pelajar-pelajar yang menerima anugerah cemerlang di majlis tersebut

TAHNIAH…Sapawi menyampaikan anugerah kepada salah seorang pelajar cemerlang PMR di majlis tersebut

PROGRAM Juara Rakyat yang dilancarkan baru-baru ini bukan sekadar untuk membawa rakyat melihat kesungguhan dan keazaman Umno dalam memperjuangkan nasib mereka tetapi turut memperlihatkan semangat dan komitmen yang tinggi terhadap pembangunan pendidikan.

Dengan meletakkan pendidikan sebagai agenda utama, program Juara Rakyat membolehkan rakyat menyedari akan keikhlasan perjuangan Umno tulang belakang Barisan Nasional (BN) yang membela nasib mereka. Keikhlasan, kesungguhan dan keazaman itulah yang membezakan Umno dengan parti pembangkang.

“Juara Rakyat memperlihatkan keikhlasan, kesungguhan dan keazaman Umno dalam memperjuangkan nasib rakyat dalam pelbagai aspek. Tidak hanya kepada pembangunan infrastruktur atau ekonomi semata-mata tetapi kita juga menumpukan kepada pembangunan pendidikan.

“Pendidikan merupakan agenda yang penting kerana kita mahu negara terus membangun dan maju dengan ditangani oleh generasi yang berilmu tinggi,” kata Ketua Penerangan Umno Sabah, Datuk Sapawi Ahmad..

Katanya pembangunan pendidikan tidak boleh diketepikan kerana generasi yang berilmu akan berupaya memastikan kejayaan dan kecemerlangan negara kekal serta kukuh pada masa akan datang.

Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang memberitahu perjuangan Umno sememangnya tidak mengetepikan perjuangan untuk pendidikan.

“Pembangunan pendidikan akan terus menjadi agenda utama kepada perjuangan Umno,” katanya lagi.

Maka program Juara Rakyat Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR/PMR/SRU Sekolah-Sekolah Parlimen Sipitang dan Ceramah Motivasi PIBG di dewan serbaguna Sipitang, turut memperjelaskan perjuangan Umno tidak membelakangkan aspek itu.

Seramai 48 pelajar UPSR dan 25 pelajar PMR serta 12 pelajar SRU menerima anugerah pelajar cemerlang.

Sapawi berkata ternyata program Juara Rakyat mendapat sambutan dan sokongan daripada rakyat sendiri..

Menurutnya program Juara Rakyat melibatkan rakyat secara menyeluruh dan sejajar dengan konsep 1 Malaysia.

Hadir sama dimajlis tersebut termasuklah Wakil Rakyat Lumadan merangkap Pengerusi Biro Pendidikan Kamarlin Ombi, Wakil Sindumin merangkap Ketua Penerangan Umno Sipitang Ahmad Bujang, Pegawai Daerah Sipitang Abdul Wahap Abdul Hamid, Pegawai Pelajaran Sipitang Abdul Razak Abdul Karim dan Pegawai Pelajaran Beaufort Juhrin Othman.


Share |