Monday, March 29, 2010

Juara Rakyat Sindumin


SOKONGAN RAKYAT…sebahagian pengunjung yang sedang melawat gerai-gerai pameran di majlis tersebut.


BAKAT TERPENDAM…Sapawi bersama Kamarlin dan Azizan sedang memainkan muzik tradisonal kulintangan Sadaman dari suku kaum kedayan.


BERJIWA RAKYAT…Sapawi bersalaman dengan sebahagian hadirin yang hadir.


TERHARU…Sapawi dipeluk erat oleh salah seorang pengunjung yang dair di majlis tersebut.


DIHARGAI…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin menerima cenderakenangan daripada Pengarah Penerangan Sabah Azizan Din.


SINDUMIN: Kekuatan dan kukuhnya perpaduan serta persefahaman antara kaum negara ini merupakan asas utama kepada konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

Dakwaan pemimpin pembangkang bahawa 1 Malaysia sama dengan 1Isreal merupakan dakwaan untuk mewujudkan propaganda dan fitnah semata-mata, kata Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad.

“1 Malaysia amat jauh berbeza dengan 1 Isreal kerana 1 Malaysia mengutamakan perpaduan dan persefahaman kaum dari pelbagai anutan agama di kalangan rakyat negara ini,” katanya pada pelancaran Juara Rakyat Sepakat Bestari Parlimen Sipitang sempena bulan agensi-agensi kerajaan di sini kelmarin.

Menurutnya rakyat negara ini bergerak bersama dalam usaha untuk mencapai kemajuan dan pembangunan.

Hasil usaha yang dilakukan dinikmati bersama-sama tanpa adanya kaum yang dipinggirkan, katanya dan menambah 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri turut bertujuan mendekatkan pemimpin dengan rakyat.

Malah, katanya, Juara Rakyat juga membolehkan pemimpin dan rakyat masing-masing melontarkan pandangan dan pendapat ke arah kemajuan serta pembangunan.

“Kerajaan Barisan Nasional bukan kerajaan retorik tetapi kita adalah kerajaan yang bersungguh-sungguh dan berazam tinggi dalam memperjuangkan nasib serta kepentingan rakyat negara ini,” katanya lagi.

Menurutnya usaha memaju dan membangunkan negara tidak mungkin tercapai sekiranya persefahaman serta perpaduan rakyat diabaikan.

Pelbagai acara dilaksanakan pada program itu antaranya termasuklah menderma darah, pertandingan melukis kanak-kanak, futsal, gasing pangkah, badminton, sukan rakyat, karaoke, kulintangan sadaman, gerai-gerai jualan dan pameran dari agensi kerajaan dan swasta.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Timbalan Ketua Umno Sipitang merangkap wakil rakyat Lumadan Kamarlin Ombi, Pengarah Penerangan Sabah Azizan Din, Penolong Pegawai Daerah Sipitang Matlin Dullah, Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa dan Ketua Puteri Umno Sipitang Dayang Maimunah Sidek


Share |