Tuesday, March 30, 2010

Tinjau Jambatan Rosak Di Weston



WESTON (Beaufort): Masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak akan dibiarkan tanpa adanya tindakan bagi menyelesaikannya.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata masalah rakyat adalah keutamaan yang perlu diberikan perhatian.

“Kita tidak akan membiarkan masalah itu membelenggu rakyat tanpa sebarang tindakan,” katanya selepas mengadakan lawatan dan tinjauan di sini kelmarin.

Sapawi bersama-sama dengan wakil rakyat Lumadan Kamarlin Haji Ombi melawat dan meninjau jambatan-jambatan rosak di sekitar rumah di kampung tersebut.

Beliau berkata kerosakan yang dialami oleh jambatan tersebut memerlukan perhatian segera bagi diselesaikan.

Katanya perkara itu sudah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

“Malah saya sendiri sudah mengemukakan masalah ini kepada Perdana Menteri…kita mahu masalah itu diselesaikan,” katanya lagi.



Share |