Saturday, March 6, 2010

Lawatan Pengerusi SEDCO




SIPITANG: Pandangan pemimpin setempat penting dalam memastikan projek pembangunan dilaksana mencapai sasaran.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk sapawi Ahmad berkata langkah itu penting bagi memastikan semua projek difahami oleh rakyat.

“kita mahu projek itu bermanfaat dan kerana itu kita tidak boleh mengetepikan pandangan pemimpin setempat,”Katanya ketika ditemui selepas menyertai lawatan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) Datuk Mohd Arifin Mohd Arif di sini kelmarin.

Sapawi berkata terdapat projek yang dilaksana mendapat bantahan daripada rakyat.

Ada juga projek,Katanya,tidak mendapat sambutan dan akhirnya gagal.

“Akibatnya projek itu bukan saja merugikan malah langsung tidak memberi manfaat khususnya kepada rakyat.” Katanya lagi.

Sambil menghargai usaha SEDCO yang memaklum dan meminta pandangan pemimpin setempat wajar dipuji.

Katanya cara itu adalah yang terbaik bagi pemimpin menyuarakan pandangan.

“Ahli parlimen dan wakil rakyat dekat dengan akar umbi dan pandangan mereka sudah tentu penting,”Katanya lagi.



Share |