Sunday, March 7, 2010

Pemimpin Masyarakat Bergerak Aktif Kenal Pasti Permasalahan Rakyat

MANTAP…Sapawi dan Surinam merakamkan kenangan bersama Wanita Umno yang turut serta dalam program Juara Rakyat Umno Sipitang.


BERJIWA RAKYAT…sapawi bersama penduduk kampung menikmati jamuan kenduri sekampung di majlis tersebut.


SOKONGAN RAKYAT…sebahagian pimpinan Umno dan parti Kompenan BN serta penduduk setempay yang hadir di majlis tersebut.


SUMBANGAN…Hafez diperhatikan oleh Sapawi menyerahkan set jersi kepada Ketua Pemuda Cawangan Rosli Baha di majlis tersebut.


PRIHATIN…sapawi diperhatikan oleh Kamarlin, Ahmad, Surinam, Hafez dan Jamilah ketika menyerahkan papan kepada Asmat Sulaiman ketika gotong-royong membina rumahnya.

SIPITANG: Pemimpin masyarakat disaran agar bergerak aktif dan mengenalpasti permasalahan yang dihadapi oleh rakyat yang diwakili.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata langkah itu bagi membolehkan tindakan segera diambil.

“Setiap masalah yang dihadapi oleh rakyat khususnya peringkat akar umbi perlu disampaikan kepada pemimpin agar tindakan yang wajar diambil,” katanya pada majlis gotong-royong membaikpulih rumah Asmat Sulaiman di Kampug Pisukau, Melalia dekat sini anjuran Pemuda Umno Sipitang Sempena program Juara Rakyat.

Beliauuu berkata pemimpin masyarakat adalah mereka yang menjadi penghubung pemimpin atasan dengan akar umbi.

Katanya jika peranan dan tanggungjawab itu diabaikan sudah tentu rakyat akan terus berdepan dengan masalah yang panjang.

“Kadang-kala masalah yang dihadapi oleh rakyat boleh diselesaikan dengan segera dan kerana itu kita mahu setiap pemimpin masyarakat aktif dan sentiasac dekat dengan rakyat,” katanya lagi.

Sambil memuji program anjuran Pemuda, Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang berkata peranan yang dimainkan oleh Pemuda turut penting dalam memastikan rakyat terus yakin dan percaya kepada Umno serta Barisan Nasional.

Katanya peranan dan tanggungjawab Pemuda bukan hanya tertumpu kepada politik semata-mata tetapi juga terhadap peranan dan tanggungjawab sosial.

Beliau memberitahu program membaikpulih rumah Asmat Sulaiman itu merupakan simbolik kepada usaha yang dilakukan oleh Umno dan Kerajaan BN.

Menurutnya pada ketika ini 50 permohonan membaiki rumah di Parlimen Sipitang telah dikemukakan kepada agensi kerajaan iaitu Felda.

“Kita berharap Pemuda akan terus memainkan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh parti,” katanya lagi.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Timbalan Umno Sipitang Kamarlin Ombi, ketua Penerangan umno Sipitang Ahmad Bujang, Ketua Wanita umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun, Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad dan Ketua Wanita PBS Sabah merangkap Ketua PBS Sipitang Datuk Jamilah Sulaiman.

Sementara itu Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa berkata Program Juara Rakyat adalah bukti jelas mengenai kesungguan, keazaman dan keikhlasan Umno dan BN dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Katanya Umno tidak sekadar menumpukan kepada soal politik tetapi juga kepada tanggugjawab yang lain termasuklah tanggugjawab sosial.

Menurutnya Pemuda akan terus memainkan peranan dan tanggungjawab yang diberikan serta yang diamanahkan oleh parti.

“Kita akan sentiasa memberi sokongan padu kepada bahagian dan akan terus memastikan segala tanggugjawab yang diamanahkan dilaksanakan,” katanya lagi.


Share |