Monday, March 15, 2010

Malam Alumni UKM


BERTUAH…Sapawi diperhatikan oleh Pengerusi Penganjur Zulhaimi Asbi menyampaikan hadiah kepada salah seorang pelajar Sabah lepasan UKM di majlis tersebut


CERIA…Sapawi merakamkan kenangan bersama-sama bekas pelajar Sabah lepasa UKM yang hadir di majlis tersebut.


KOTA KINABALU: Lepasan mahasiswa berupaya membantu usaha melahir dan membina generasi berilmu.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata usaha itu boleh dilakukan dengan memberi pandangan yang bernas ke arah mempertingkatkan pembangunan pendidikan.

Menurutnya selain itu lepasan mahasiswa jug boleh tampil bagi memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada generasi muda khususnya yang masih belajar.

“Kerajaan sendiri mengharapkan lepasan mahasiswa tampil untuk membantu…ilmu yang dimiliki serta pengalaman tentunya berguna dalam memberikan bimbingan,” katanya dan menambah lepasan mahasiswa wajar menjadi contoh dalam memberi semangat dan keazaman kepada generasi muda khususnya para pelajar bagi berusaha mencapai pendidikan tertinggi.

Berucap pada majlis pertemuan semula pelajar Sabah lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia di sini kelmarin, Sapawi berkata mutu pendidikan di negeri ini masih perlu untuk dipertingkatkan.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Dekan Sekolah Perhutanan Tropika UMS Dr. MahmudSudin, Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Sabah Dr. Aminah Ali, Pengarah Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan Moh Taib Ubah dan Pengerusi Penganjur Zulhaimi Asbi

Sapawi yang juga bekas graduan UKM berkata tugas itu tidak harus hanya diletakkan kepada warga pendidik tetapi peranannya boleh dimainkan oleh lepasan mahasiswa.

Sambil memuji usaha pihak penganjur mengadakan pertemuan itu, Sapawi berkata pertemuan semula itu wajar dijadikan titik tolak ke arah membantu meningkatkan mutu pendidikan di negeri ini.

“Adakan perbincangan dan salah satu cara untuk kita membantu ialah memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada golongan pelajar,” katanya lagi
Share |