Monday, March 15, 2010

Mesyuarat Penerangan Umno Sabah




Program Juara Rakyat bukti hasrat serta komitmen Barisan Nasional (BN) dalam membela nasib rakyat.

Ketua Penerangan UMNO negeri Sabah, Datuk Sapawi Ahmad berkata melalui program Juara Rakyat ini, pelbagai aktiviti masyarakat disediakan termasuk memberikan bantuan kebajikan, penerangan serta rawatan perubatan kepada golongan memerlukan bantuan.

Beliau berkata program Juara Rakyat mampu mendekatkan pelbagai peringkat masyarakat dan rakyat harus memanfaatkan penganjuran program Juara Rakyat kerana melaluinya masalah dikemukakan cuba diselesaikan dengan berkesan.

''Melalui program itu, pemimpin dapat berjumpa dan bermesra dengan rakyat bagi
membolehkan mereka menilai perasaan rakyat serta apa yang mereka mahukan dari
kerajaan,” jelas Sapawi.


Beliau berkata demikian semasa memberi Bengkel dan Taklimat Program Juara Rakyat Biro Penerangan UMNO negeri Sabah di Bangunan UMNO Sabah, di sini hari ini.

Turut hadir sama Timbalan Ketua Penerangan UMNO negeri Sabah, Datuk Mohd Ariffin Arif, Ketua Penerangan Wanita UMNO Sabah, Asnah Tahlil, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sabah, Bahrul Sawi, Ketua-ketua Penerangan UMNO bahagian dan Setiausaha-setiausaha UMNO bahagian.

Tambah Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang meminta semua Ketua Penerangan UMNO Sabah harus bekerjasama dengan Setiausaha UMNO bahagian untuk menjayakan Program Juara Rakyat agar dapat menarik dan menyentuh hati rakyat di peringkat akar umbi.

“Program Juara Rakyat dapat meletakkan UMNO dekat di hati rakyat sekali gus membuktikan parti itu dan kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat dalam agenda pembangunan negara,” jelasnya.

Beliau turut meminta selain penglibatan ahli-ahli UMNO, parti-parti komponen Barisan
Nasional dan agensi-agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan boleh boleh
dilibat sama.

Tegas Sapawi program Juara Rakyat dapat menenangi hati, minda dan sokongan rakyat
terhadap BN.

“UMNO dan BN harus menjadi juara dalam menyelesaikan masalah rakyat dan program ini perlu dilaksanakan dengan penuh amanah di setiap bahagian seluruh Sabah sepanjang tahun ini mengikut tema-tema Juara Rakyat mengikut bulan,” tambahnya.

Sehubungan itu Sapawi berkata peranan ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri amat penting kerana dapat menambah ahli UMNO dan menambah pengundi terdiri golongan muda.

Tegas beliau penambahan pengundi baru amat perlu kerana pada Pilihan Raya Umum ke 13 dan kira-kira 4 juta golongan muda yang akan menentukan tampok kerajaan pada ketika itu.

“Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri mesti aktif dalam menambah keahlian baru dan pengundi baru melalui Program Juara Rakyat yang diadakan disetiap bahagian dan bulan. Inilah peranan ketiga-tiga sayap tersebut untuk memastikan UMNO masih relevan kepada rakyat, “ jelas beliau lagi.


Share |