Wednesday, April 14, 2010

Juara Rakyat Gadong, Beaufort


LAWAT…Sapawi diringi oleh Kamarlin dan Ahamd melawat gerai pameran agensi kerajaan dan sewasta sempena program tersebut.


SOKONGAN RAKYAT…Sebahagian ibubapa dan orang ramai yang menghadiri majlis tersebut.


MESRA…Sapawi diringi oleh Kamarlin bersalaman dengan ibubapa dan orang ramai yang hadir di majlis tersebut.


CEMERLANG…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin , Ahmaddan Omar menyampaikan anugerah pelajar cemerlang STPM kepada Nursafiqah Abdullah.


LANCAR…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin , Ahmad, Manap, hafez dan Maimunah menekan punat computer melancarkan Bulletin 1 Malaysia DUN Lumadan


BEAUFORT: Program Juara Rakyat bukan setakat memberi ruang kepada rakyat untuk melihat sendiri akan usaha yang dilakukan selama ini tetapi membolehkan mereka mengetahui segala hasrat kerajaan dalam memaju serta membangunkan rakyat pelbagai kaum negara ini.

Antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan ialah dalam bidang pendidikan yang diberi penekanan utama dalam memacu kemajuan dan pembangunan rakyat negara ini.

Inilah yang digambarkan oleh Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad pada majlis perasmian Anugerah Pelajar Cemerlang sempena program Juara Rakyat Umno Sipitang di Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong dekat sini.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Lumadan merangkap Timbalan Ketua Umno Sipitang Kamarlin Ombi, Adun Sindumin merangkap ketua Penerangan Umno Sipitang Ahmad Bujang, Pengarah JASA Sabah Abdul Manap Lakariba, Pengetua SMK Gadong Omar Mohammad, Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah, Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa dan Ketua Puteri Umno Sipitang Dayang Maimunah Sidek.

Sapawi berkata bagi memacu dan membangunkan rakyat, pendidikan amat perlu untuk diberi penekanan dan inilah yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sejak dulu, katanya, sehinggalah sekarang pendidikan diletakkan sebagai agenda paling utama dan amat perlu diberikan perhatian.

“Hanya pendidikan yang memastikan kejayaan serta kecemerlangan sesebuah negara dan kerajaan sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti pendidikan dari masa ke semasa,” katanya dan menambah kerajaan juga menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan untuk rakyat nikmati.

Katanya kemudahan pendidikan itu pula tidak hanya tertumpu kepada kawasan bandar tetapi juga di luar bandar.

“Inilah yang kita lakukan…kita mahu memastikan generasi kini hingga masa depan menikmati pendidikan yang terbaik,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu Sapawi berharap segala peluang dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dalam bidang pendidikan akan dipergunakan dengan sebaik mungkin.

Hakikatnya pendidikan adalah kunci utama untuk keluar dari kepompong kemunduran dan juga kemiskinan namun Juara Rakyat yang dianjurkan juga membolehkan rakyat mengetahui dan memahami keikhlasan perjuangan kerajaan yang ditunggaki oleh Umno.

Menurutnya keikhlasan perjuangan Umno dan BN tidak menumpukan kepada sesuatu kaum tetapi seluruh rakyat tanpa mengira suku kaum.

“Apa yang kita lakukan adalah untuk rakyat tanpa mengira kaum…kita mahu rakyat negara ini terus maju dan membangun,” katanya lagi.

Sambil menegaskan penekanan kerajaan terhadap perpaduan sertan persefahaman kaum, Sapawi memberitahu keharmonian dan kemakmuran yang dinikmati ketika ini akan dipastikan berterusan.

Sehubungan itu Sapawi meminta rakyat agar menolak pembangkang yang lebih suka untuk melaga-lagakan kaum di negara ini.

Katanya pembangkang ketika ini sudah mula goyang kerana apa yang mereka hendakkan telah diketahui oleh rakyat.

“Tolak pembangkang yang lebih suka dekatkan rakyat dengan perpecahan sesama sendiri…ini bukan amalan Umno mahupun BN,” katanya lagi.


Share |