Saturday, May 1, 2010

Nelayan Menerima Elaun Sarah Hidup


SOKONGAN…Sebahagian nelayan yang hadir di majlis tersebut


PEMBANGUNAN…Sapawi diringi oleh Jamaludin meninjau projek pembinaan jeti pendaratan ikan peruntukkan LKIM di pekan Weston.


KERAJAAN PRIHATIN…Sapawi diperhatikan oleh Jamaludin dan Masri menyampaikan elaun sara hidup nelayan secara tunai kepada salah seorang nelayan yang layak menerima di majlis tersebut.


WESTON (Beaufort): Usaha membasmi kemiskinan tidak hanya tertumpu kepada kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata kerajaan juga tidak memilih hanya untuk kaum tertentu sahaja tetapi ianya untuk seluruh kaum di negara ini.

“Ini terbukti dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan terhadap golongan nelayan,” katanya pada majlis pembayran elaun sara hidup nelayan di dewan masyarakat di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pengarah LKIM Sabah Jamaludin Osman, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan Ahmad Mumin, Pegawai Penerangan Beaufort Marlina Jamirin, Pegawai Perhubungan Perlimen Sipitang Matbali Musah dan Pemangku Pengerusi Persatuan Teluk Padas Weston Masri Abdul Latip.

Sapawi berkata kerajaan tidak pernah mengabaikan golongan nelayan dan sentiasa berusaha membantu golongan itu termasuklah usaha meningkatkan sumber ekonomi mereka..

Sejumlah RM44,600 telah diberikan kepada 223 nelayan di taluk padas weston secara tunai dalam kawasan Parlimen Sipitang. Setiap nelayan menerima RM200 dan pembayaran dilakukan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia sejak kerajaan meluluskannya pada Jun 2008.

Selaras dengan 1 Malaysia, Sapawi berkata masalah yang dihadapi oleh rakyat termasuklah golongan nelayan tidak pernah diabaikan.

“Keprihatinan kerajaan negara ini amat berbeza dengan kerajaan di negara lain,” katanya dan menambah rakyat wajar bersyukur dengan komitmen yang dilakukan oleh kerajaan.

Katanya kerajaan sentiasa memahami masalah yang dihadapi oleh rakyat dan sentiasa berusaha untuk membantu mereka.

Bagaimanapun beliau menegaskan bahawa golongan nelayan perlu berusaha lebih gigih bagi meningkatkan sumber ekonomi masing-masing.

Katanya bantuan yang diberikan oleh kerajaan adalah sebagai dorongan kepada mereka untuk lebih berusaha.

Pada masa yang sama juga, Sapawi memberitahu Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah menyalurkan peruntukkan melalui program MESEJ bagi penternakan ikan dan undang (akuakultur) di mana Ko-Nelayan sebagai agensi pelaksana di Ingor-ingor dalam perairan parlimen Sipitang.

Menurut Sapawi pada peringkat awal program MESEJ ini membabitkan 50 peserta dimana Ko-Nelayan kini dalam proses mengenal pasti peserta-peserta yang terdiri dari golongan nelayan.

Katanya pelbagai kemudahan diwujudkan di Pekan Weston antaranya jeti pendaratan ikan yang menelan belanja RM500 ribu melalui peruntukkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).



Share |