Friday, May 7, 2010

Mesyuarat Umno Bahagian Sipitang





TANGGUNGJAWAB…Umno Bahagian Sipitang telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Sipitang di Beaufort petang kelmarin.

Ketuanya yang juga Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad telah mempengerusikan mesyuarat tersebut dan turut memberitahu mesyuarat tersebut membincangkan persiapan mesyuarat cawangan-cawangan Umno yang telah bermula sejak 1 Mei lalu dan berakhir pada 15 Jun depan.

Manakala mesyuarat bahagian pula bermula 16 Jun hingga 16 Julai depan mengikut ketetentuan tarikh yang ditetapkan oleh ibu pejabat Umno Malayisa.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut tersebut termasuklah Timbalan Ketua Umno Sipitang Kamarlin Ombi , Ketua Penerangan Umno Sipitang Ahmad Bujang, Ketua wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun, Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad, Wakil Pemuda Umno Sipitang Zulhaimi Asbi, Ketua Puteri Umno Sipitang Maimunah Sidek dan Bendahari Umno Sipitang Mustapha Kassim serta AJK Umno Sipitang

Kelihatan Sapawi sedang menerangkan sesuatu semasa mesyuarat tersebut


Share |