Sunday, May 2, 2010

Hari Kecemerlangan SMKPO II


MESRA…Sapawi bersalaman dengan para ibubapa pelajar yang hadir di majlis tersebut.


KERTIVITI…Sapawi melawat gerai pameran pelajar sempena majlis tersebut.


ANUGERAH…sapawi menyampaikan Anugerah Pelajar Sukan Terbaik Kepada Frankline Ambrose


CEMERLANG…sapawi diperhatikan oleh Razak, Ghani dan Pius menyampaikan Anugerah Akademik Terbaik kepada Sylviana Sinawat.


RASMI…Sapawi diperhatikan oleh Razak, Ghani dan Pius merasmikan hari kecemerlangan SMKPO II


SIPITANG: Penerapan pendidikan agama amat penting dalam melahirkan golongan pelajar cemerlang dan berjaya yang menjadi generasi berkualiti serta berguna kepada negara.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata kecemerlangan dan kejayaan seseorang pelajar bukan hanya kepada pendidikan akademik tetapi juga kepada pendidikan agama.

”Asas kejayaan dan kecemerlangan seorang pelajar bukan bergantung kepada kehebatannya dalam pendidikan akademik tetapi juga dalam pendidikan agama,” katanya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pangeran Omar (SMKPO) II di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pegawai Pelajaran Sipitang Abdul Razak Abdul Karim, Pengetua SMKPO II Abdul Ghani Mohd Ali dan YDP PIBG SMKPO II Pius Ganang

Sapawi berkata adalah menyedihkan jika pelajar yaang ceemerlang dan berjaya dalam akademik gagal menjadi generasi berkualiti serta berguna kepada negara.

Katanya perkara ini perlu diberikan perhatian ”dan sudah ada pelajar yang cemerlang dan berjaya dalam akademik tetapi tewas dan terjerumus dalam gejala sosial.”

Menurutnya pelajar tersebut akhirnya menjadi pelajar yang gagal dan terkeluar dari senarai generasi yang berkualiti.

”Kita tidak mahu perkara ini berlaku dan kerana itulah pendidikan agama yang membentuk moral dan sahsiah seseorang pelajar perlu diberi perhatian,” katanya lagi.

Sapawi memberitahu Modal Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini mewujudkan persaingan budaya.

”Ia merupakan satu cabaran dan kita harus menghadapi cabaran itu khususnya dalam melahirkan generasi yang berkualiti.

”Usaha dan keazaman perlu disemai dan salah satu cabaran itu ialah menjadikan sekolah di luar bandar sebaagai sekolah berprestasi tinggi,” katanya lagi.

Menurutnya usaha melahirkan sekolah luar bandar sebagai SBT bukanlah sesuatu yang mustahil.

Katanya ia boleh dicapai dengan kesungguhan dan keazaman semua pihak dan tidak hanya bergantung kepada pihak guru semata-mata.

Beliau berkata dalam mencapai usaha itu tentunya kerjasama dan sokongan ibu bapa diperlukan.

”Kita perlu berusaha dan dengan adanya kerjasama serta sokongan ibu bapa bagi melahirkan pelajar berkualiti tentu sekali kita mampu menjadikan sekolah di luar bandar sebagai sekolah SBT,” katanya lagi.


Share |