Tuesday, May 18, 2010

Rasmi Mesyuarat Cawangan Dan Sayap Umno Sipitang Secara Berkelompok


INTIM…sapawi diringi oleh Kamarlin bersalaman dengan pimpinan dan ahli Umno yang hadir diperasmian tersebut.



MANTAP…Sebahagian pimpinan dan ahli Umno di Dun Lumadan yang hadir pada perasmian berkelompok di Gadong Beaufort.



DIHARGAI…Sapawi menyampaikan anugerah kepada ahli Umno Vateran dan sentiasa bergiat aktif kepada Jislim Tinggali



MATANG…Sapawi bersama pimpinan Umno Sipitang memotong kek sempena sambutan ulangtahun Umno ke-64 tahun



KEYAKINAN…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin, Hafez dan Muanam menerima borang kemasukkan ahli baru Umno oleh Jakim Kimin


SIPITANG: Kekuatan Umno tidak akan mampu dipertahankan jika anggotanya terus bertelagah dan memilih untuk berpecah.

Ketua Umno Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata Umno kekal sehingga kini disebabkan kesetiaan yang kebal dalam sanubari anggotanya.

Bagaimanapun, katanya, kesetiaan itu mampu tergugat jika anggota parti enggan untuk menyelesaikan masalah yang ada dan memilih untuk terus bertelagah.

“Kita tidak akan mampu bertahan lama dan ini boleh dilihat kepada beberapa buah parti yang akhirnya musnah disebabkan anggotanya memilih untuk terus bertelagah,” katanya ketika merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan dan sayap-sayap secara berkelompok bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin dan Lumadan di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Timbalan Ketua Umno Sipitang Kamarlin Ombi, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun, Ketua Puteri Umno Sipitang Dayang Maimunah Sidek, Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa, Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad dan Bendahari Umno Sipitang Mustapa Kassim serta AJK Umno Sipitang

Beliau berkata mesyuarat agung yang diadakan pada peringkat cawangan merupakan wadah terbaik kepada setiap anggota bagi berbincang untuk menyelesaikan segala bentuk atau perkara yang menyebabkan wujudnya pertelagahan.

Menurutnya setiap anggota parti pada semua peringkat mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan amanah dan ikhlas.

“Bertelagah berpanjangan bukan budaya dalam Umno kerana anggotanya adalah mereka yang amanah dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan,” katanya dan menambah Umno lebih mengutamakan kualiti anggotanya berbanding dengan kuantiti.

Beliau berkata jumlah anggota yang ramai bukan menjadi keutamaan sebaliknya Umno mengutamakan kualiti.

Kerana itu, katanya, mereka yang menyertai Umno dalai mereka yang menerima pakai konsep perjuangan parti itu yang berteraskan kepada rakyat.

Sehubungan dengan itu Sapawi berharap agar mesyuarat cawangan yang diadakan dijadikan landasan ke arah menilai kesetiaan diri terhadap perjuangan parti.

“Kita mahu setiap anggota Umno di negeri ini adalah anggota parti yang berkualiti…amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan,” katanya lagi.


Share |