Sunday, June 13, 2010

Festival Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah


SUMBANG…Sapawi diperhatikan oleh Pangiran Lalong menerima cendera kenangan kamus bahasa English Lundayeh oleh Jasni di majlis tersebut.



SIMBOLIK…Musa memotong simbolik buayeh sebagai tanda perasmian penangguhan Pesta Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah



SAMBUT TAMU…Musa bersama rombongan dipersembahkan Nawar Mengei upcara sambut tamu kaum Lundayeh.



DIHARGAI…Musa merakamkan kenangan bersama-sama pelajar cemerlang daripada suku kaum Lundayeh di majlis tersebut.



MERIAH…Musa bersama tetamu disambut meriah sejurus tiba di majlis tersebut.


SIPITANG: Budaya warisan merupakan harta amat bernilai berbanding wang ringgit.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata budaya adalah lambang kepada sesebuah kaum.

“Setiap kaum mempunyai budayanya sendiri dan inilah keistimewaan yang amat bernilai,” katanya pada Malam Kebudayaan Lundayeh sempena Pesta Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah disini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Timbalan Kebudayaan dan Kesenian Negara Sabah Jasni Abdul Rahsid dan Presiden Persatuan Kebudayaan Lundayeh Sabah Pangiran Lalong

Sapawi berkata mereka yang mementingkan wang ringgit dan mengetepikan warisan budaya adalah mereka yang pentingkan diri sendiri.

Katanya mereka juga adalah orang yang lupa asal usul dan tidak memiliki semangat cintakan kaum sendiri.

Oleh itu katanya persatuan kebudayaan suku kaum harus tidak terpengaruh dengan mereka yang bersifat demikian.

“Inilah adalah cabaran buat persatuan…kita tidak harus tewas dengan mereka,”katanya dan menambah warisan budaya harus dipertahan dan dipelihara.

Beliau berkata dalam pertahan dan pelihara budaya usaha menyerapkan semangat cintakan budaya di kalangan generasi muda perlu dilakukan.

Katanya budaya warisan harus diperkembangkan dari masa ke masa dengan mencari indentitinya yang tersendiri


Share |