Tuesday, June 15, 2010

Belia Sipitang


SEMANGAT…sapawi ketika berucap dihadapan 35 wakil persatuan belia dari Sipitang pada majlis makan malam tersebut



SOKONGAN…Sapawi diperhatikan oleh Yassin menyampaikan sijil pendaftaran kepada wakil persatuan belia kampung Buang sayang, Sipitang di majlis tersebut.



TAHNIAH…sapawi ketika berucap dihadapan 35 wakil persatuan belia dari Sipitang pada majlis makan malam tersebut

Golongan belia perlu bijak mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata pelbagai peluang disedia menerusi program-program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Kerajaan mempunyai keupayaan untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan tetapi terserah kepada golongan belia untuk merebut peluang yang disediakan.”katanya berucap pada makan malam program Cinta Alam dan cabaran Rekrasi persatuan belia Sipitang sempena lawatan di Institut Perhutanan Sabah Telupid Sepilok dan RDC Sandakan dari 15 hingga 17 Jun ini di rumah rehat di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sipitang tersebut termasuklah Pegawai KBS Bahagian Sipitang Yassin Omar, Pegawai KBS Sipitang Ibrahim Kineh dan Bendahari Pemuda Umno Sipitang Jaafar Jalaf serta 35 belia yang menyertai lawatan tersebut.

Sapawi berkata golongan belia perlu sentiasa berusaha memaju diri dan bermotivasi tinggi..

Katanya ilmu kemahiran amat penting dan perlu dipertingkatkan selain kelayakan akedemik yang dimiliki.

Menurutnya ilmu kemahiran perlu ditimba menerusi pelbagai program dan kursus yang dilaksanakan.

“Kita mahu golongan belia bukan sahaja memiliki ilmu tetapi juga kemahiran,”Katanya dan menambah sikap tunggu dan tengok tidak harus diamalkan.

Beliau berkata peluang yang disediakan tidak harus dibiarkan.

“Jangan sampai peluang itu diambil baru mahu menggunakannya, jika ini berlaku kita bukan sahaja ketinggalan tetapi akan kerugian,”katanya lagi.


Share |