Wednesday, June 23, 2010

Juara Rakyat, Belia Dan Sukan Umno Sipitang


DIHARGAI…sapawi menyampaikan cenderakenangan kepada Timbalan Pengarah JBS (P) Sabah Moh Yusof Long


RASMI…Sapawi menyepak bola tanda rasmi pertandingan Fustal sempena program tersebut

SERAH…Sapawi menyerahkan kunci gelanggang sukan pelbagaiguna (Fustal) kepada Asli Ungku di majlis tersebut.


SOKONGAN…Sebahagian penduduk setempat yang menghadiri majlis tersebut.


PEMBANGUNAN…kompleks Sukan Sipitang yang masih dalam pembinaan memerlukan bangunan asrama untuk penganjuran acara sukan peringkat negeri dan kebangsaan.


SIPITANG: Kerajaan diharap dapat meluluskan pembinaan asrama di Kompleks Sukan Sipitang yang dijangka siap tidak lama lagi.

Harapan itu diluahkan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad yang menyifatkan asrama di kompleks itu penting untuk kegunaan orang ramai dan juga bagi pelaksanaan program sukan.

“Dengan adanya asrama itu, tentu kompleks ini dapat menjadi venu kepada penganjuran sukan bukan hanya bertaraf daerah atau bahagian tetapi juga negeri mahupun kebangsaan,” katanya pada perasmian program Juara Rakyat dan Sukan 1 malaysia sempena Bulan Belia dan Sukan di padang pekan Sipitang kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Adun Sindumin Ahmad Bujang, Adun Lumadan Kamarlin Ombi, Timbalan Pengarah JBS (P) Sabah Mohd Yusof Long dan Ketua Wanita Umno Sipitang datuk Surinam Sadikun dan Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad.

Sapawi berkata syor bagi pembinaan asrama di kompleks itu akan dikemukakan kepada kerajaan.

Menurutnya kemudahan itu penting kerana ia member manfaat kepada pengguna dan juga persatuan sukan.

“Kemudahan itu adalah sebagai pelengkap kepada setiap kompleks sukan dan kita berharap kerajaan dapat member kelulusan,” katanya dan menambah pembinaan kompleks sukan itu adalah bukti bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengetepikan pembangunan sukan di kawasan luar bandar.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pembinaan kompleks sukan itu, Sapawi berkata selain program sukan, kompleks itu juga member kemudahan kepada orang ramai untuk beriadah untuk kesihatan diri.

Kompleks sukan Sipitang yang bernilai RM13 juta masih dalam pembinaan dan dijangka siap tidak lama lagi.

Dalam memberi sokongan kepada kegiatan sukan, Sapawi memberitahu sebanyak lima gelanggang futsal telah dibina menerusi peruntukan Parlimen.

Katanya jumlah itu bakal bertambah berdasarkan kepada sambutan yang diberikan oleh rakyat khususnya dikalangan generasi muda.

“Sambutan yang diberikan amat membanggakan dan jumlah yang ada akan ditambah dan kita juga berharap agar Kerajaan Persekutuan menambah peruntukan bagi pembinaan gelanggang futsal,” katanya lagi.

Bagaimanapun Sapawi berkata kemudahan yang disediakan dan diberikan oleh kerajaan perlu digunakan dengan sebaik-baiknya.

Katanya kemudahan itu tidak boleh dibiarkan “biar kemudahan itu dapat digunakan untuk tempoh yang panjang.”

Share |