Friday, June 4, 2010

Tinjau Rumah Usang


PRIHATIN...Sapawi bersama-sama pemimpin setempat meninjau kerosakkan rumah Jamil sewaktu lawatan tersebut


BEAUFORT: Jabatan dan agensi kerajaan wajar memberi perhatian serius terhadap aduan masalah yang dikemukakan oleh rakyat termasuklah di kawasan luar bandar.

Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata aduan dan masalah yang dikemukakan oleh rakyat tidak harus dipandang remeh.

“Setiap aduan dan masalah yang dikemukakan oleh rakyat termasuklah di luar bandar perlu diberi perhatian dan tindakan segera perlu diambil…elak dari mengamalkan sikap tidak kisah atau tidak peduli.

“Kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang mengutamakan rakyat dan ini perlu didokong serta disokong oleh jabatan mahupun agensi kerajaan,” katanya ketika berkunjung ke kediaman Jamil Abdul Latip di Kampung Suasa dekat sini kelmarin.

Hadir sama pada lawatan tersebut termasuklah Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah, Pemaju Mukim Lumadan Billeh Untold an Pengerusi JKKK Kampung Suasa Ruslan Muharam

Sapawi yang meninjau keadaan rumah itu melahirkan rasa terkejut dan berharap agar Pejabat Daerah Beaufort mengambil tindakan segera.

“Perkara ini perlu diberikan perhatian dan saya berharap pihak Pejabat Daerah Beaufort member perhatian terhadap perkara ini,” katanya.

Pada kunjungan tersebut, Sapawi dimaklumkan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) bahawa masalah yang dihadapi oleh Jamil sekeluarga telah dikemukakan permohonannya beberapa kali kepada Pejabat Daerah Beaufort tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil.


Share |