Friday, June 4, 2010

Laway Warga Emas Dan OKU Di Kg Suasa, Beaufort


Sapawi berbual bertanya khabar dengan Suriahati sempena kunjungan tersebut.



Kelihatan Sapawi berbual mesra dengan sambil diperhatikan Mat Daut Ibrahim dan Lundu sambil diperhatikan oleh Pegawai Perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah dan Pengerusi JKKK Kampung Suasa Ruslan Muharam.


MESRA…kesibukan dengan program aktiviti yang dilaksanakan dan harus untuk dihadiri tidak menghalang Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad bagi bertandang ke kediaman KK Bandarkin Lundu di kampung Suasa, Beaufort, kelmarin.

Kunjungan ketua Umno Sipitang itu bertujuan untuk melawat Mat Daut Ibrahim,80, dan Lundu Atok,103, di kampung tersebut.

Sapawi juga turut melawat Orang Kurang Upaya (OKU) Suriahati Binti Asin,17, di Kampung Singawan Baru.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dan sentiasa berusaha untuk membantu rakyat,” kata Sapawi yang menghabiskan masa kira-kira satu jam dan melahirkan rasa syukur dengan kesihatan keluarga berkenaan yang semakin bertambah baik serta menghulurkan sumbangan pribadi kepada keluarga berkenaan.


Share |