Friday, September 17, 2010

Raya Aidilfitri Dun Lumadan


a) TAHNIAH…Sapawi menyampaikan hadiah kepada salah seorang pengunjung bertuah di majlis tersebut.


a) SEMBOLIK…Wakil jawatankuasa penganjur Marouf Jislim menyampaikan kad ucapan raya kepada Sapawi di majlis itu.


a) BAKAT…Sebahagian ahli jawatankuasa penganjur membuat persembahan nyanyian.


a) CERIA…Sapawi merakamkan kenangan bersama pengunjung yang hadir di majlis tersebut.


a) BERTUAH…Timbalan Ketua Umno Sipitang Kamarlin Ombi dan Ketua Pemuda Umno Sipitang Yamani Hafez Musa menyampaikan hadiah kepada pengunjung bertuah di majlis tersebut.

BEAUFORT: Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad tidak menghampakan penduduk dalam kawasan Dun Lumadan apabila turut meraikan Hari Raya Aididlfitri bersama mereka.

Beliau dengan kerjasam Umno Bahagian Sipitang dan Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Ombi mengadakan majlis rumah terbuka di Dewan Sekolah Menengah Vaksional, di sini kelmarin.

Majlis itu membuka ruang kepada penduduk dalam Dun Lumadan serta sekitarnya hadir untuk berkongsi kegembiran meraikan aidilfitri.

Seperti majlis yang sama di Sipitang sebelum ini, rumah terbuka di Dun Lumadan turut dihiasi dengan pelbagai acara termasuk persembahan daripada artis tempayan.

Bagaimanapun bagi Sapawi yang juga Ketua Umno Sipitang majlis itu membolehkan beliau untuk bersama-sama rakyat meraikan aidilfitri.

“Ruang ini juga mengeratkan dan memesrakan lagi hubungan yang sedia,”katanya.

Beliau berkata masa yang ada agak terbatas dan majlis seumpama itu ada peluang terbaik bagi bersama rakyat.

“Meraikan Aidilfitri bersama rakyat tentu sekali bermakna dan inilah peluang untuk bersama mereka,”katanya lagi.

Share |