Monday, September 6, 2010

SKMM Perlu Ambil Tindakan Tegas


PRIHATIN…Sapawi dan Ahmad melawat mantan ketua kampung Ulu Sipitang Adul Lakim (duduk kanan) yang di serang akhmar sempena program ziarah Ramadan parlimen Sipitang.



WANG ZAKAT….Sapawi diperhatikan oleh Ahmad menyampaikan bantuan wang zakat kepada salah seorang penerima yang layak di majlis tersebut.



PRIHATIN…Sapawi dan Ahmad melawat kaidah Tinggal,75, yang sakit tua sempena program ziarah Ramadan parlimen Sipitang.

SIPITANG: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) perlu mengambil tindakan tegas dalam menangani penyalahgunaan laman sosial yang menyentuh isu sensitiviti kaum dan agam di negara ini.

Exco Penerangan negeri, Datuk Sapawi Ahmad berkata, penyalahgunaan laman sosoal tersebut tidak boleh dibiarkan berlarutan berikutan boleh menimbulkan isu perkauman dan agama tertentu.

Katanya, SKMM perlu bertindak serta memantau laman sosial internet facebook sekali gus mengambil tindakan sewajarnya.

Beliau berkata demikian di Majlis Berbuka Puasa dan Ziarah Ramadhan, di Kampung Ulu Sipitang di Masjid Ulu Sipitang.

Hadir sama pada majlis anjuran bersama Persatuan Kedayan Sabah tersebut termasuklah Wakil Rakyat Sindumin merangkap Presiden Persatuan Kedayan Sabah Ahmad Bujang, Ketua Daerah Sipitang Arif Ismail, Pemimpin Kemajuan Rakyat Sindumin Abdul Rahman Mohd Noh, Pegawai perhubungan Parlimen Sipitang Matbali Musah dan Pengerusi Masjid kampung Ulu Sipitang Daim Bakar serta Ahli Jawatankuasa Persatuan Kedayan Sabah.

Sapawi yang juga Ahli Parlimen Sipitang di minta mengulas kenyataan akhbar kelmarin di mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin agar SKMM mengambil tindakan sewajarnya berikutan wujud pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan laman social internet seperti facebook seperti menghina orang melayu dan agama Islam yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Menurut laporan akhbar itu, Gerakan Pemuda Perihatin (Gempur) membuat laporan polis berhubung satu akaun laman sosial facebook dikesan menghina Islam dan Allah dengan kata-kata kesat.

Sapawi berkata, sikap serta perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab itu boleh mewujudkan suasana tegang tentang kebebasan beragama yang termaktub dalam perlembangan negara.

Beliau menyokong tindakan perdana menteri agar SKMM mengambil tindakan tegas serta menghadapkan mereka ke muka pengadilan.


Share |