Wednesday, October 20, 2010

Raikan Penerima PGDK Warga Sipitang


CERIA…Sapawi (tengah) merakamkan kenangan bersama penerima PGDK dari Sipitang Jaafar (kanan), Masood (kiri),Yeo (kiri) dan Siti Sapoo (dua dari kanan) di jamuan tersebut.

KOTA KINABALU: Persaingan dan cabaran globalisasi pada ketika ini memerlukan transformasi politik sebagai usaha memastikan Umno terus relevan.

Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad berkata umno memerlukan sokongan berterusan daripada rakyat dan untuk mengekalkan sokongan itu, tentunya Umno harus dilihat masih relevan kepada rakyat.

“Saya menyokong penuh saranan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Umno harus melakukan transformasi,” katanya ketika ditemui selepas majlis Majlis Makan Malam bersama Ahli Parlimen Sipitang sempena meraikan penerima pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu PGDK yang berasal dari Sipitang pada hari jadi Yang Dipertuan Negeri baru-baru ini.

Antara penerimanya Datuk Masood Salleh Pengurus Besar Ko-Nelayan, Datuk Jaafar Henry Pengarah Pendaftaran Sabah, Datuk Siti Sapoo Ahok Pengarah Hal Ehwal Wanita Sabah dan Datuk Yeo Boon Hai Ketua Pengarah DBKK..

Sapawi berkata globalisasi dasar langit terbuka menghidangkan pelbagai cabaran yang positif dan negatif, jika tidak dapat dinilai sewajarnya mengakibatkan ketidaktentuan politik semasa.

Najib baru-baru ini memperkenalkan Modal Politik Baru (New Politic Model) agar suasana politik Umno relevan sepanjang masa dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat serta dapat mengerakkan Umno di arus perdana dengan suasana politik yang amat berbeda ketika ini.

Sapawi berkata MPB ianya amat bertepatan sekali diperkenalkan kerana pengundi pada ketika ini amat bijak sekali terutamanya golongan generasi muda.

Beliau berkata umno memerlukan strategi yang lebih berkesan untuk memikat generasi muda.

“Dalam hal ini MPB perlu diambil dan saya yakin ianya mampu mencapai keberkesanan,” katanya lagi.

Share |